Di kehidupan ini
Awas langkah yang tersasar
Takut melencong dari garis besar
Dan putus di tengah jalan sabar
Jika sudah menyedari
Segeralah berpijak kembali
Agar tidak alpa menari
Fantasi ciptaan duniawi
Likunya masih lagi ada
Hujungnya masih berada
Masanya masih lagi berbeza
Ada yang sesat terus melarat
Ada yang sesat masuk jerat
Ada yang sesat paksa di ikat
Belum terlambat menyesal barang
Memohon doa rayu memasang
Agar bertemu diri yang hilang
Supaya kembali ke jalan yang pulang
-Malim Muda-
Jumaat, 11 Januari 2013
Sesatkah kita?
Posted by H.E.H at 8:05 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 1 Januari 2013
tiga belas
hari ini bermula buku lipatan baru
yang penuh dengan merah, hijau dan biru
yang menjadi penentu
hingga ke tahun lagi satu
yang lepas biarkan berlalu
pengajaran di masa lalu
pengalaman yang di ambil tahu
satu perjalanan yang akan di lalu
rintangan menderu, halangan menyeru
nafsu memburu, sabar merayu
tinggalkan yang busuk,
buang yang susuk
tinggalkan yang keruh,
buang yang luruh
tinggalkan yang buruk,
buang yang keruk
ambil yang jernih,
tunas dan benih
ambil yang suci,
kotor dan cuci
ambil yang bersih,
suci dan sisih
tanam azam, semai iltizam
sebati keringat, pupuk semangat
tetap di hati perjuangan diri
meneruskan dua kosong tiga belas yang mesti digalas…
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:11 PG 0 comments Links to this post

