Khamis, 21 November 2013

Kosong

Kosong 
Dalam yang tiada 
Seakan jiwa tiada anggota
Seakan hidup tanpa nyawa 

Apakah kekosongan ini punyai makna 
Kemana langkah-langkahmu 
Untuk apa nafas-nafasmu 

Jika langkah-langkahmu diambil bukan kerana-Nya 
Untuk apa engkau terus melangkah 

Jika nafas-nafasmu dihirup bukan lagi untuk-Nya 
Untuk apa engkau terus bernafas 

Demi keseronokan yang sementara 
Demi mencapai kejayaan yang tak kekal sifatnya 
Demi menikmati dunia yang tak pernah cukupnya 

Kosong itu punyai nilai 
Ia tanda kasihNya 
Atas kekosongan yang penuh makna 
Sang pencipta kepada hamba

0 comments: