Jumaat, 25 Oktober 2013

Bunuhan

permainan falsafah syaitan 
umpama sekecil picisan 
yang tidak diketahui kapan 

tanpa bersalah dan tidak mengalah 
hilang kemanusiaan yang dianugerah 
tanpa gentar mencencang darah 

menghalakan tirus senapang di ekor mata 
dalam alunan permainan rasukan ablasa 
membangkitkan tiupan sangkala 
titik paling hitam dalam anatomi manusia



-Malim Muda-

0 comments: