Selasa, 25 Jun 2013

Jerebu

jerebu 
dari seberang hulu 
anginnya berdebu 
asapnya berbau 

jerebu 
awannya tersedu-sedu 
putihnya seakan lesu 
mendungnya membeku

jerebu
api-apinya berlagu 
hutan tani dibakar suku 
oleh tangan manusia yg berbulu 

jerebu 
sesak lemas tak tentu 
pedih menggaru-garu 
nafas paru semakin laju 

jerebu 
anak-anak mula berkubu 
tidak lagi pergi berguru 
kerana sakit datang bertalu 

jerebu 
alam haru biru diburu 
hukum dilanggar tiada ragu 
asalkan dapat setitik madu 

jerebu 
balasan hukum alam seru 
hukuman atas dosa yg malu 
peringatan dari Tuhan Yang Satu

 
-Malim Muda-

0 comments: