Selasa, 1 Januari 2013

tiga belas

hari ini bermula buku lipatan baru 
yang penuh dengan merah, hijau dan biru 
yang menjadi penentu hingga ke tahun lagi satu 

yang lepas biarkan berlalu 
pengajaran di masa lalu 
pengalaman yang di ambil tahu 

satu perjalanan yang akan di lalu 
rintangan menderu, halangan menyeru 
nafsu memburu, sabar merayu 

tinggalkan yang busuk, 
buang yang susuk 
tinggalkan yang keruh, 
buang yang luruh 
tinggalkan yang buruk, 
buang yang keruk 

ambil yang jernih, 
tunas dan benih 
ambil yang suci, 
kotor dan cuci 
ambil yang bersih, 
suci dan sisih 

tanam azam, semai iltizam 
sebati keringat, pupuk semangat 
tetap di hati perjuangan diri 
meneruskan dua kosong tiga belas yang mesti digalas…


-Malim Muda-

0 comments: