Rabu, 14 November 2012

hijrah

aku masih lagi berdiri 
tertinggal di sini 
sedangkan di sisi 
ramai orang sudah berlari 

merenung dalam diri 
muhasabah diri 
mencari jati diri 

menghitung dosa hati 
ditenggelami keegoan manusiawi 

kerana kejahatan gelap 
roh islamku kian malap 

mencari arah hidup 
yang lurus dan redup 
mengejar cinta Ilahi 
demi kembara suci 
hijrah ke negeri abadi 

 
-Malim Muda-

*Salam Maal Hijrah 1434

Khamis, 8 November 2012

biarkan

susah 
memang payah 
untuk mematah nafsu serakah 

letih 
kadang kala merintih 
dosa hitam putih 

bekasnya parut 
segala karut 
turut lurut 
terbiar hanyut 

terkunci segenap rongga 
tertunduk tidak terkata 
tidak berdaya lagi meronta

pasrah 
merendah ke bawah 
menyerah kalah 

hidup yang lalu 
biarkan begitu 
takdir penentu 
kemungkinan bakal berlaku..


-Malim Muda-