kata keramat ini dilaung
bangsa negara yang disanjung
demi tanah keramat yang dijunjung
kita sudah bebas dan lepas
dari golongan yang menindas
dari masa gelap yang lemas
demi ruang negara yang jauh
ramai pejuang kita yang jatuh
dibunuh dan dibuang roh
kini, warnanya lain sekali
segelintir kita sendiri
tidak mengerti
erti semangat pertiwi
mereka sudah lupa dan buta
bangsa asing yang menjarah kita
dagang asing yang menjajah negara
merdeka ini
pertahankanlah ia begini
walau luka berdarah sekali
hingga ke akhir mati
merdeka negaraku
tanah lahirnya sumpahku
tanah tumpahnya darahku
"Raja Disokong, Rakyat Dipayung,
Islam Dijunjung, Perlembagaan Disanjung,
Bahasa Didukung, Bangsa Dikandung"
-Malim Muda-
Jumaat, 31 Ogos 2012
merdeka ini
Posted by H.E.H at 1:20 PTG 0 comments Links to this post
Khamis, 16 Ogos 2012
aidilfitri ini
aidilfitri ini
laungan takbir bergema
mendayu syahdu di jiwa
membuka sinar hari mulia
takbir erti ketenangan
tanda kesyukuran hari kemenangan
sebulan puasa bulan ramadan
hari lebaran yang dinantikan
sinar pasti lambaian
penuh keihlasan satu keinsafan
aidilfitri ini
saling berkunjungan bersalaman
mengerat silaturahim ikatan
keindahan sebuah perhubungan
saling melupakan segala perselisihan
saling memaafkan kesilapan
memohon keampunan kesalahan
aidilfitri ini
buat saudara yang kejauhan
hati dalam kenangan
rindu dipertemukan
andainya tidak sempat
setidaknya masih dapat diucap
tulus hati memohon maaf
atas segala dosa dan khilaf
aidilfitri ini
yang pulang kampung halaman
berhati memandu di jalan
jangan hilang pertimbangan
kelak nyawa jadi taruhan
biar buat peringatan
tiada berguna akhir sesalan
aidilfitri ini
bagi insan penuh kekurangan
yang merayu dalam pandangan
yang mengharap dalam pengertian
sama sesama menghulur bantuan
sama seagama meringankan beban
demi menyambung kembali persaudaraan
aidilfitri ini
ramadan cepat meninggalkan
bulan penuh keberkatan
bulan penuh pengorbanan
buat jiwa yang insan
mengulit penghayatan
menghayati kesucian
dalam medan yang rawan
moga diterima segala amalan
yang menjadi rukun amalan
moga-moga berkesempatan
menunggu kedatangan
ramadan tahun hadapan
aidilfitri ini
yang telah pergi mendahului
yang telah pergi meninggalkan diri
airmata jatuh menangisi
sedih mengalir tidak henti
doa dibekal menemani
moga diberkati dirahmati
agar tempatnya berseri
hingga kekal abadi
aidilfitri ini
dengan rasa rendah diri
dari tulus hati seikhlas budi
hujung jari melingkar ke sanubari
ucapan salam aidilfitri
maaf zahiri dan batini
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 9:36 PG 0 comments Links to this post