Isnin, 23 Julai 2012

puasa

puasa itu pemula 
menyubur pahala 
menyuci dosa 

puasa itu berkelana 
menahan rasa 
mengunci deria 

puasa itu ibadah 
fitrah bersedekah 
bersujud di sejadah 

puasa itu pengikat 
rahmat dan nikmat 
dunia dan akhirat 

puasa itu ujian 
untuk kita berkorban 
mujahadah kerana tuhan 


-Malim Muda-

Khamis, 19 Julai 2012

rindu ini

rindu ini pada perjalanan 
rindu ini pada kenangan 
rindu ini pada pengalaman 

rindu ini pada perbuatan 
rindu ini pada penyerahan 
rindu ini pada pengorbanan 

rindu ini pada ketulusan 
rindu ini pada keikhlasan 
rindu ini pada kejujuran 

rindu ini pada kerendahan 
rindu ini pada ketenangan 
rindu ini pada kedamaian 

rindu pada keampunan 
rindu pada keimanan 


-Malim Muda-

Jumaat, 13 Julai 2012

mungkin

mungkin berjaga
atau mungkin tidur
mungkin juga lama berdengkur

mungkin sengaja
atau mungkin tidak sengaja
mungkin juga dibuat bersahaja

mungkin dicari
atau mungkin mencari
mungkin juga mencari-cari

mungkin segala semua
mungkin agaknya


-Malim Muda-

Isnin, 2 Julai 2012

mencari

mencari diri yang sesat tak jumpa 
mencari diri sesat dalam dosa 

mencari ikhlas dalam mata itu 
mencari jujur dalam hati itu 

mencari diri yang seperti dahulu 
mencari diri yang naïf pelaku 

mencari damai dari kejauhan yg dekat
mencari rindu yang ditanggung sarat

mencari diri yang hilang di dalamnya
mencari diri sembunyi tak bersuara

mencari diri dalam hati dulu 
mencari diri anak mata itu 
mencari diri yang dahulu 


-Malim Muda-