Aku dan Dia
Bukan dua dan bukan satu
Satu masih berbentuk
Masih berjarak titik atas dengan bawah
Sedangkan Aku dan Dia
Tiada titik yang halus
Sedangkan Aku dan Dia
Tiada rupa, tiada bentuk, tiada ruang, tiada zaman
Aku adalah Dia
Dia adalah Aku
Tiada beza antara Aku dan Dia
Tiada beza antara Dia dan Aku
Bila Aku cuba mengenali Dia
Aku tidak kenal lagi diriku
Aku tidak kenal lagi diri Dia
Bila dia cuba mengenali diriku
Dia tidak kenal lagi dirinya
Dia tidak kenal lagi diriku
Aku adalah rahsia Dia
Dia adalah rahsia Aku
Usah diganggu rahsia ini
-Malim Muda-
Isnin, 28 Mei 2012
Aku Dan Dia
Posted by H.E.H at 10:25 PTG 0 comments Links to this post
Khamis, 24 Mei 2012
tak seindah wajah
Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
Posted by H.E.H at 12:24 PTG 0 comments Links to this post
Rabu, 16 Mei 2012
fikirkan
Fikirkan, selamatkah kita di tangan orang-orang itu
Fikirkan, selamatkah kita di tangan mergastua itu
Fikirkan, selamatkah kita di tangan penglipurlara itu
Fikirkan, selamatkah kita di tangan sang algojo itu
Fikirkan, selamatkah kita di tangan kumpulan itu
Fikirkan, selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikirlah, yang kita hanya selamat di dalam tanganNya
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 9:35 PG 0 comments Links to this post
Jumaat, 11 Mei 2012
aku dan diriku
Diriku telah hilang
Ghaib di dalam gua yang dalam
Gelap gulita
Puasku mencarinya
Namun tidak ku temui
Sesekali kelibatnya melintasi di hadapan ku
Bila aku cuba memegang dia kembali menghalang
Wahai Pelindung diriku
Lihatlah betapa kasih aku kepada diriku
Bila Engkau memisahkan daku daripadanya
Masih juga daku mencari-carinya.
Wahai Pelindung diriku
Selamatkan daku daripada fitnah diriku sendiri
Janganlah Engkau lepaskan daku kepada sesuatu selain-Mu
Walau sekelip mata jua..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 11:19 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 7 Mei 2012
Dhuha
Ya Allah
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
Kecantikannya, KecantikanMu
Keindahannya, KeindahanMu
Kekuatannya, KekuatanMu
Kekuasaannya, KekuasaanMu
Perlindungannya, PerlindunganMu
Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika dibumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
KecantikanMu,
KeindahanMu,
KekuatanMu,
KekuasaanMu
Limpahkan kepada ku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh..
Posted by H.E.H at 8:14 PG 0 comments Links to this post
Khamis, 3 Mei 2012
hidup
Hidup
Satu perjuangan abadi
Yang berjalan tanpa disedari
Hidup
Takdir dan suratan
Ujian keimanan
Biarpun pahit namun
Tetap akan ditelan
Kerana hidup sukar
Dimengertikan
Ibarat mimpi dalam khayalan
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 4:10 PTG 0 comments Links to this post

