Marilah kita berhimpun
Yang ramai bangsa melayu serumpun
Marilah kita berhimpun
Yang gemar berbalas ‘pantun’ dengan orang yang santun
Marilah berhimpun
Yang suka menyumbang nyanyi, sampai tak larat diri
Marilah berhimpun
Yang bijak mencari ruang dan peluang
Marilah berhimpun
Yang cepat melatah dan mudah 'patah'
Marilah berhimpun
Yang menunjuk perasaan yang 'perasan'
Marilah berhimpun
Yang berpakat dalam hari rakyat
Tetapi ramai juga yang tahu, itu semua lakon
Tetapi ramai juga yang tahu, itu semua labun
Ramai yang tak ingin
Ramai yang dingin
Kerana masih lagi waras untuk naik angin..
-Malim Muda-
Sabtu, 28 April 2012
himpun lagi
Posted by H.E.H at 11:11 PTG 0 comments Links to this post
Khamis, 26 April 2012
penyerahan
penyerahan adalah keikhlasan
penyerahan adalah kesabaran
penyerahan adalah kepasrahan
penyerahan adalah keyakinan
penyerahan adalah kelapangan
penyerahan adalah kedamaian
penyerahan adalah kebahagiaan
penyerahan adalah kesejahteraan
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 10:43 PTG 0 comments Links to this post
Selasa, 24 April 2012
anak
Anak itu anak kita
Anak itu amanah dariNya
Anak itu zuriat agama
Anak itu warisan bangsa
Anak itu belum ada akalnya
Anak itu tidak ada dosanya
Anak itu suci jiwanya
Anak itu bersih hatinya
Asuh dan pelihara
Didik dan jaga
Sementara masih ada
Jika tuhan berkehendakannya
Tuhan lebih sayangkannya
Mungkin ada hikmah antaranya
Sesungguhnya takdir kehidupan sudah ditentukan
Redha dan pasrah dengan keikhlasan
Lara dan berserah dengan pengorbanan
Anak itu tinggalnya berteman
Anak itu duduknya keriangan
Sampai waktunya ia berjalan
Menanti di pintu syurga hadapan
-Malim Muda-
*Al-Fatihah untuk Muhammad Imran Luqman..
Posted by H.E.H at 11:17 PTG 0 comments Links to this post
Jumaat, 20 April 2012
kematian
kematian adalah pasti
kematian adalah sunyi
kematian adalah pilu
kematian adalah cinta
kematian adalah rindu
kematian adalah hakiki
Posted by H.E.H at 8:09 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 16 April 2012
pantun adat
Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di Kitab Allah
Hidup berdiri dengan saksi
Adat berdiri dengan tanda
Budi dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pesaka
Bersebarlah adat seluruh alam
Adat pusaka berpedoman kitab
Samalah kita menjunjung adat
Tunggak budaya semai dihati
Posted by H.E.H at 12:28 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 9 April 2012
melaka
negeri Melaka negeri yang mewah
tempat lahirnya Datuk Hang Tuah
banyak berjasa dalam sejarah
sangat terbilang tiap daerah
negeri Melaka negeri mulia
sudah terkenal dalam dunia
negeri Melaka aman dan makmur
sejak dahulu sudah termashyur
negeri Melaka negeri yang asal
negeri melayu memang terkenal
tempat pahlawan gagah dan handal
dagang santari datang berjual
Posted by H.E.H at 11:42 PTG 0 comments Links to this post

