Dalam kehidupan
Semuanya ditentukan
Kebahagian dan kedukaan
Bagai hidup dalam gelap
Bagai hidup dalam jerangkap
Berhati jika tidak mati
Berhenti jika tidak pasti
Mungkinkah hidup berjalan dalam khayal
Nikmat dugaan yang kenyal
Meraba bayang-bayang
Mencari barang larang
Dimanakah cahaya itu?
Dimanakah sinar itu?
Agar jiwaku dapat merasa
Terang dalam mata
Terang dalam jiwa
Ada dalam ada
-Malim Muda-
Selasa, 28 Februari 2012
Ada dalam ada
Posted by H.E.H at 11:12 PTG 0 comments Links to this post
Selasa, 21 Februari 2012
budi
Jika belayar ke tanah Acheh
Singgah dulu di Kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi
Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang
Posted by H.E.H at 11:11 PTG 0 comments Links to this post
Sabtu, 4 Februari 2012
Salam Maulidur Rasul 1433H
Engkaulah suria yang menyinari kelamnya hati manusia
Engkaulah purnama penerang gelapnya jiwa manusia
Engkaulah cahaya di atas cahaya
Betapa mulia akhlakmu
Bagai cahaya kemuliaan al-Quran
Besarnya perjuanganmu menegakkan agama
Agungnya cintamu menyayangi sesama
Harum senyummu pada wajah dunia
Betapa ramah sikapmu tertanam dalam jiwa
Engkaulah suria, engkaulah purnama
Engkau cahaya di atas cahaya…
Salam Maulidur Rasul 1433H
'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'
Posted by H.E.H at 10:14 PTG 0 comments Links to this post
Jumaat, 3 Februari 2012
peribahasa
Jikalau difikirkan tebu itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak hilirnya keruh juga
Jikalau berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah juga
Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah juga
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
Bagaimana jawi makan, dimamah dulu baru ditelannya
Bagimana kuda yang baik tak bercerai daripada pelananya
Bagaimana tidak kumbang terbang, jika tidak kerana bunga di tamannya
Posted by H.E.H at 3:21 PTG 0 comments Links to this post

