
KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri.
KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam.
KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.
KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.
KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk :
•Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
•Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
•Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
•Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.
Isnin, 30 Januari 2012
Sumpah Melayu
Posted by H.E.H at 10:18 PG 0 comments Links to this post
Jumaat, 27 Januari 2012
Kemegahan Negaraku
Selamatlah Malaysia Jaya
Negaraku Yang Kucintai
Seumurnya Maha Perkasa
Kedaulatan Ibu Pertiwi
Malaysiaku Maha Berjaya
Negaraku Indah Murni
Selamatlah Malaysia Jaya
Negaraku Ibu Pertiwi
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 7:58 PG 0 comments Links to this post
Rabu, 25 Januari 2012
renungan
Kita terlalu asyik mencari perbezaan antara kita
Kita terlalu asyik mencari keburukan antara kita
Kita terlalu asyik mencari kesalahan antara kita
Bukankan kita juga mempunyai pilihan lain?
Kita sepatutnya bersatu
Kerana kita banyak persamaan dibandingkan perbezaan
Kita sepatutnya membetulkan kesalahan
Mahupun kekurangan saudara kita
Bukannya membuatkan ia menjadi lebih buruk
Bukankah islam itu menyuruh umatnya berlaku baik sesama saudara islam yang lain?
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:27 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 16 Januari 2012
Melayu Hang Tuah
melayu berbudi
melayu yang mempunyai hati
melayu berbahasa
melayu yang kaya adatnya
melayu rendah diri
melayu yang tunduk ke bumi
melayu sabar
melayu yang imannya tegar
melayu bijaksana
melayu yang tinggi akalnya
melayu bersemangat
melayu yang penuh keringat
melayu taat setia
melayu yang berjiwa bangsa
melayu bermaruah
melayu yang seperti Hang Tuah
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 10:57 PTG 0 comments Links to this post
Jumaat, 6 Januari 2012
adab
Adab menuntut seribu ilmu
Adab menurut kandungnya ibu
Adab berbicara tidak mencaci
Adab berkata tidak berbunyi
Adab meminta merendah diri
Adab membuka jangan sekali
Adab berkawan biar seribu
Adab melawan biar berguru
Adab berjalan tunduk hormati
Adab menghukum adil teliti
Adab berbangsa melayu jati
Adatnya berbahasa dan berbudi
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 12:02 PTG 0 comments Links to this post
Rabu, 4 Januari 2012
Tanah Pusaka
Sungguh Gemilang Negeri Ku
Yang Ku Puja Oh Tanah Malaysia
Di Merata Dunia
Harum Semerbak
Namamu Oh Malaysia
Aman Makmur Kaya Raya
Selama-Lama Hidup Maju Jaya
Kau Tanah Pusaka
Negara Ku Yang Berdaulat Dan Merdeka
Tanah Pusaka Bertuah
Berbagai Bangsa Di Dalamnya
Hidup Aman Dan Bersama
Bersatu Kerja Untuk Malaysia
Musuh Melanggar Ku Gempur
Sungguh Rela Ku Bersama
Kau Tanah Pusaka
Biar Putih Tulang
Jangan Putih Mata
Posted by H.E.H at 3:55 PTG 0 comments Links to this post

