Khamis, 11 Oktober 2012

satu kemungkinan

memikul tanggung yang perlu dijawab 
menjunjung amanah yang semakin bertambah 
mencari ikhlas yang tidak dibalas 
menurut perintah yang penuh arah 

mengotakan janji yang tidak berhenti 
mengatur gerak geri yang disembunyi 
mengukur berlakunya kebarangkalian 
menyimpan rahsia yang tak dipersiakan

persoalan yang sering ditanyakan 
kepincangan yang digembar-gemburkan 
kelemahan yang kerap digunakan 

bilakah perubahan akan dilakukan 
bilakah kekuasaan akan dihapuskan 
bilakah keadilan ditegakkkan 

ianya masih lagi satu kemungkinan 
yang akan terus menjadi penantian 


-Malim Muda-

0 comments: