Isnin, 18 Jun 2012

mutiara pahala

bumi semakin tua 
dosa makin angkuh menjunjung takhta 
menyelak seluruh hijab jiwa 
di setiap lurah hati manusia 

pahala sering dipandang sepi 
bagai tak bererti lalu ditepis pergi 

wahai hati-hati yang mati 
suci dan bernyawalah kembali 
agar dapat meneruskan perjuangan diri 

sesungguhnya 
yang benar itu agama 
yang kuat itu imannya 
yang lurus itu jalannya 

junjunglah mutiara pahala 
kelak akan tersua 
rahsia intan dunia 


-Malim Muda-

0 comments: