Jumaat, 16 Mac 2012

Sukarnya, Mudahnya

Sukarnya membunuh kejahatan yang liat hayatnya
Mudahnya membunuh kebaikan dengan tidak sengaja

Sukarnya membunuh kezaliman yang berkuasa
Mudahnya membunuh keadilan timbang tara

Sukarnya membunuh kecurangan peribadi
Mudahnya membunuh kejujuran di hati

Sukarnya membunuh kesesatan jalan
Mudahnya membunuh ketaqwaan iman

Sukarnya membunuh ketamakan nafsu
Mudahnya membunuh kesederhanaan dahulu



-Malim Muda-

0 comments: