aku masih lagi berdiri
tertinggal di sini
sedangkan di sisi
ramai orang sudah berlari
merenung dalam diri
muhasabah diri
mencari jati diri
menghitung dosa hati
ditenggelami keegoan manusiawi
kerana kejahatan gelap
roh islamku kian malap
mencari arah hidup
yang lurus dan redup
mengejar cinta Ilahi
demi kembara suci
hijrah ke negeri abadi
-Malim Muda-
Selasa, 29 November 2011
hijrah
Posted by H.E.H at 8:55 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 14 November 2011
maaf
maaf...
ada kalanya terlalu sukar
ada kalanya selalu gagal
untuk dilafaz dan dibalas
kerana kita merasakan
tiada nilai padanya
maaf...
ada kalanya hanya melunakkan bicara
ada kalanya cuma ucapan tanpa makna
yang tidak merasa apa-apa
maaf
jika datang dari jiwa
dapat melembut deria rasa
maaf
jika lahir dari ikhlas
dapat melembut akal yang lemas
maaf
jika terbitnya dari hati
dapat melembut dalam diri
maaf
rahsia kata yang bernyawa
rahsia jiwa yang bercahaya
rahsia milik padaNya…
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 10:37 PTG 0 comments Links to this post
Khamis, 10 November 2011
hak berfikir
bukan kerana kita tidak tahu
bukan kerana kita tak ambil mahu
dulu itu yang disuruh
tapi kita selelau mengeruh
dulu itu yang ditunjuk ajar
tapi kita selalu kurang ajar
fikir sebelum bicara
atau mungkin akan kena
fikir sebelum niat
atau mungkin jadi jahat
fikir sebelum buat
atau mungkin jadi melarat
hak itu memang ada
bernyawa dan dewasa
hak fikiran akal bersuara
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 12:49 PTG 0 comments Links to this post
Jumaat, 4 November 2011
pengorbanan
jelajahilah pengorbanan ini
demi suatu yang dijanji
syukur diri redha Ilahi
mengenal hati peribadi
tunduk menyesal diri
doa memohon mencari
susun jiwamu dalam pengosongan
luhur hatimu dalam perjuangan
demi sebuah keberkatan
demi sebuah keinsafan
hari pergorbanan..
-Malim Muda-
*Salam Aidiladha 1433 Hijrah
Posted by H.E.H at 3:04 PTG 0 comments Links to this post
Khamis, 3 November 2011
mulia
mulia itu bukan kuasa
mulia itu tidak ternilai harga
mulia itu lahir pada niat
mulia itu tinggi darjat
mulia itu perasaan ikhlas
mulia itu tidak berbalas
mulia itu kerja jujur
mulia itu suci luhur
mulia itu terletak pada hati
mulia itu sifat peribadi
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 9:28 PG 0 comments Links to this post

