budi itu berseri bila ianya dirahmati
budi itu bererti bila ianya dihargai
budi itu dikenang bila ianya menyenang
budi itu dibalas bila ianya ikhlas
budi itu hidup bila ianya tertutup
budi itu bersambung bila ianya dikandung
budi itu berbudi bila ianya lahir dalam hati
-Malim Muda-
Jumaat, 21 Oktober 2011
budi
Posted by H.E.H at 8:58 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 17 Oktober 2011
laut jawi
laut itu bukan sebarang
berkurun berzaman
menyimpan warisan
airnya pasang, luas terbentang
ombaknya jarang, luas memandang
pejuangnya dalam ingatan
pahlawannya jadi sebutan
panglimanya guru ikutan
satu warna kulitnya
lembut sifat bangsanya
islam adat budayanya
laut itu tetap berbunyi
laut itu hidup tak mati
laut itu laut jawi
laut melayu sejati
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 11:29 PG 0 comments Links to this post
Khamis, 6 Oktober 2011
sesat
sesat itu datang
bila ada yang tak melarang
sesat itu masuk
bila ada yang pandai menggosok
sesat itu berakal
bila ada yang fikiran dangkal
sesat itu terikat
bila ada yang terjerat
sesat itu kotor
bila semua sudah bercampur
sesat itu makin berat
lari dari hakikat
dan jalan makrifat...
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 1:59 PTG 0 comments Links to this post

