Tangan dihulur maaf dipinta
Semurni hati seikhlas kata
Aidilfitri ini tambah ceria
Menanti hadir teman dan saudara
Jumaat, 26 Ogos 2011
pantun iv
Posted by H.E.H at 8:00 PG 0 comments Links to this post
Rabu, 24 Ogos 2011
pantun raya iii
Berbilang kaum hidup bersama
Bersopan-santun amatlah mesra
Tak kira bangsa juga agama
Aidilfitri disambut dengan gembira
Posted by H.E.H at 8:08 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 23 Ogos 2011
pantun raya ii
Burung serunai di tepi paya
Pukullah tabuh di tengah anjung
Sampailah masa berhari raya
Bermaafan –maafan kunjung mengunjung
Posted by H.E.H at 11:00 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 22 Ogos 2011
pantun raya
Berlabuh mentari di kaki Ramadhan
Takbir Syawal menggema alam
Salam dihulur saling bermaafan
Aidilfitri dirai keinsafan bersulam
Posted by H.E.H at 7:51 PG 0 comments Links to this post
Jumaat, 19 Ogos 2011
jiwa
Jiwa bersih
bila dalam hati selalu suci
Jiwa suci
bila dalam hati selalu tenang
Jiwa tenang
bila selalu ingat pada Yang Memandang..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 9:10 PG 0 comments Links to this post
Jumaat, 12 Ogos 2011
rendah diri
rendah diri dari mata turun ke hati
rendah diri duduk hingga berdiri
rendah diri pegang dan kunci
rendah diri tunduk ke bumi
rendah diri untuk Ilahi..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 7:59 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 9 Ogos 2011
ikhlas
ikhlas dalam perjuangan
di hujung garisan menanti kejayaan
ikhlas dalam persaudaraan
nama di sebut jadi ingatan
ikhlas dalam kehidupan
berkat dan rahmat tuhan kurniakan
ikhlas dengan ehsan belas
insyallah di sana nanti pasti dibalas
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:00 PG 1 comments Links to this post
Isnin, 8 Ogos 2011
sabar
sabar itu separuh iman
umpama bunga di dalam taman
sabar itu ikatan nafsu
seperti jiwa di dalam kalbu
sabar itu adalah insan.
tunduk malu kepada tuhan..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 11:34 PG 0 comments Links to this post

