puasa itu berkelana
menahan rasa
mengunci deria
puasa itu ibadah
fitrah bersedekah
bersujud di sejadah
puasa itu pemula
menyubur pahala
menyuci dosa
puasa itu rahmat dariNya
ujian untuk manusia
menginsafi sesama
* Salam Ramadhan 1432H
-Malim Muda-
Jumaat, 29 Julai 2011
puasa
Posted by H.E.H at 8:00 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 25 Julai 2011
jujur
jujur dalam hati,
hidup bahagia dalam diri
jujur dalam niat,
rezeki penuh dalam berkat
jujur dalam kata,
jadi orang yang dipercaya
jujr dalam berbudi,
jadi orang yang diingati..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:09 PG 0 comments Links to this post
Khamis, 21 Julai 2011
sulit
kerja itu sulit
kerja itu membelit
kerja itu bukan sedikit
barang itu duit
yang beringgit
dan menggigit
sulit ini boleh meleret
hingga yang berwirid
boleh menjerit
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 12:03 PTG 1 comments Links to this post
Khamis, 14 Julai 2011
buta
buta jiwa hati
tidak sedar diri
berdiri dan berlari
buta warna bangsa
tidak sedar apa-apa
tidak insaf sejarah lama
buta rukun negara
melanggar apa sahaja
asal dapat apa diminta
buta insan agama
mendabik dada menarik muka
orang sesama tidak dikira
terus sesat ke jalan penjara
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 7:53 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 11 Julai 2011
tidur
orang kuning itu tidur
mengeruk dan berdengkur
kerna dibuai mimpi
diulit janji-janji
begitu lena sekali
hingga dikejut
tak upaya celik mata lagi
mimpi itu tak semuanya indah
janji itu semakin terbelah
bangunlah semua
mimpi itu mengaburi mata
janji itu menyembunyi rasa
perjuangan yang sia-sia..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 11:11 PG 0 comments Links to this post
Jumaat, 8 Julai 2011
himpun
marilah kita berhimpun
membawa bangsa serumpun
marilah kita berhimpun
berbalas ‘pantun’
dengan orang yang santun
marilah berhimpun
bergasak seronok menyanyi
sampai tak larat diri
marilah berhimpun
supaya mendapat tempat
di jiwa, hati rakyat
marilah berhimpun
tapi aku tak ingin
kerana aku masih lagi waras untuk naik angin..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:03 PG 1 comments Links to this post
Rabu, 6 Julai 2011
komplot
komplot itu muslihat
penuh dengan tarikat
berunsur jahat
komplot itu sulit
berbelit-belit
dan perit
komplot itu direka-reka
tidak sengaja dan disengaja
untuk mengaburi mata
untuk menarik harta
komplot itu dicipta
untuk menutup kuasa
salah satu darinya
unik dan penuh rahsia
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 9:02 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 5 Julai 2011
hilang
ianya tidak disedari
ianya tidak diingati
perlahan-lahan ia menarik diri
mungkin ia berasa bosan
dan merajuk hati
kita tidak ketahuan
sama ada ia tidak disengajakan
mengapa ia hilang
satu persoalan
satu kemusykilan
yang sentiasa
berlegar di dalam fikiran..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:24 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 4 Julai 2011
sesat
sesat dalam iman
bila keliru kiblat pegangan
sesat dalam dunia
bila keseronokan dipuja-puja
sesat dalam agama
bila bergelumang dengan dosa
sesat dalam kehidupan
bila tiada rasa keinsafan
sesat dalam perjalanan
bila putus tali garisan..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 10:03 PG 0 comments Links to this post
Jumaat, 1 Julai 2011
Berserah
Berserah lah bila berbalah
Sebelum jiwa kian marah
Berserah lah bila kalah
Sebelum hati mula berdarah
Berserah lah bila lemah
Sebelum badan jadi parah
Berserah lah bila resah
Sebelum jadi timbul gelisah
Berserah lah bila lelah
Sebelum naik jadi parah
Berserah lah bila bersalah
Sebelum jadi makin susah
Mungkin ada natijah
Mungkin ada hikmah
PadaNya kita berserah
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 7:59 PG 0 comments Links to this post

