tanggung itu yang diutama
tanggung itu wajib agama
setiap hari, setiap masa
tanggung itu satu amanah
tanggung itu bukannya helah
berserah bila bersalah
tanggung itu tanggung berat
tanggung itu tanggung syariat
disoal dijawab diakhirat
-Malim Muda-
Rabu, 29 Jun 2011
tanggung
Posted by H.E.H at 8:14 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 28 Jun 2011
hidup
hidup tidak beruntung
bagi yang tidak bersyukur
sombong dan takbur
hidup tidak berlorong
bagi yang tidak menyedari
kesesatan yang azali
hidup tidak bergantung
bagi yang berdikari
berdiri di atas kaki sendiri
hidup tidak disanjung
bagi yang merendah diri
dan jujur pada dunia ini
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 11:57 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 27 Jun 2011
hitam putih
Hitam
Warnya gelap
Dalamnya malap
Sifatnya sekejap-sekejap
Putih
Warnya suci
Dalamnya sinari
Sifatnya berbudi
Ketahuilah keduanya
Saling memerlukan
Dalam kehidupan
Seorang insan..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:30 PG 0 comments Links to this post
Jumaat, 24 Jun 2011
orang kesukaan
siapakah dibelakangnya
mengatur semua susunan
siapakah dalangnya
mengabur mata utusan
biar sedikit-sedikit
jangan ada yang menganggap pelik
biar perlahan-lahan
jangan ada yang perasan
maruah boleh diubah-ubah
asalkan ada yang boleh bersalah
amanat boleh juga khianat
bila jarang sekali bersahabat
mungkin mereka suka menyakat
membiarkan terus menyesat
dan terus melarat..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 9:36 PTG 0 comments Links to this post
Khamis, 23 Jun 2011
mimpi
Mimpi itu datang lagi
Angan itu menjelma kembali
Memancing habuan
Menarik perhatian
Menayang kepalsuan
Menanam keseronokan
Hingga mengambang bulan
Hak ini semuanya mengarut
Harus mengelak sebelum terikut
Peganglah tangan yang memeluk
Ikutlah haluan bawah telunjuk..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:53 PTG 0 comments Links to this post
Rabu, 22 Jun 2011
nafsu
nafsu itu bernyawa
nafsu itu boleh berkata
menggoda, mengusik
menurut meleret
menggoda hati
seakan sendiri
kawallah nafsu
sebelum ia mula menderu
sabarlah nafsu
sebelum ia mula mengadu
sebelum terlanjur, eloklah berlunjur
sebelum hanyut, eloklah bersujud
garisan jalan masih belum putus
pangkal jalan masih belum lupus
untuk menemui pegangan yang mulus
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 11:36 PTG 0 comments Links to this post
Selasa, 21 Jun 2011
ikhlas
hati yang murni
sanubari yang suci
dalamnya putih
jiwanya bersih
budinya digemari
sangkanya dipercayai
tetapi dirinya punya kelemahan
yang bukan dibanggakan
kesepian, keseorangan
dalam perjuangan
meneruskan kehidupan
biarlah semua itu
hiraukan orang-orang itu
asalkan tuhan di sana yang lebih tahu…
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 11:30 PTG 0 comments Links to this post
Isnin, 20 Jun 2011
dosa
dosa
bentuk hukuman
dunia kejadian
sengaja atau tidak sengaja
bercampur dengan pahala
untuk hidup berdikari
dalam sandiwara dunia ini
dosa tidak pernah lepas lari
seringkali mencari
berfikir berulangkali
apakah sebenar kehidupan ini
besarkah sesalan?
cukupkah tangisan?
untuk menghadap tuhan
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 10:56 PTG 0 comments Links to this post
Ahad, 19 Jun 2011
menipu
Menipu itu daya
Menipu itu kuasa
Menipu itu titik noda
Menipu itu satu dosa
Bila menipu berpura baik
Menipu itu satu pahala
Bila menipu berpura jahat
Menipu itu berkat
Bila menipu untuk kebaikan
Menipu itu lahanat
Bila menipu untuk kepentingan
Biarlah menjadi orang yang tiada apa-apa
Dari menjadi orang yang dihina
Posted by H.E.H at 10:57 PTG 0 comments Links to this post
Jumaat, 17 Jun 2011
dari masa hingga masa
Dari masa hingga masa
Lama ku tanggung derita
Akibat angkara murka
Aku terseksa
Ku cari puspita dewi
Serata kampung dan negeri
Ke rimba lembah dan lara
Kucari teratai
Kuharapkan belai kasih
Hapuskan racun bisa
Kalbuku merintih
Jiwa lara
Berikan daku penawar
Sekuntum bunga yang suci
Agar kembalilah segar
Seksanya di hati
-P.Ramlee-
Posted by H.E.H at 4:23 PG 0 comments Links to this post
gurindam yang keduabelas
betul hati kepada raja
tanda jadi sebarang kerja
hukum adil atas rakyat
tanda raja beroleh inayat
kasihkan orang yang berilmu
tanda rahmat atas dirimu
hormat akan orang yang pandai
tanda mengenal kasa dan cindai
ingatkan dirinya mati
itulah asal berbuat bakti
akhirat itu terlalu nyata
kepada hati yang tidak buta
-Raja Ali Haji-
Posted by H.E.H at 4:04 PG 0 comments Links to this post
Khamis, 16 Jun 2011
gurindam yang kesebelas
hendaklah jadi kepala
buang perangai yang cela
hendak memegang amanat
buanglah khianat
hendak marah
dahulukan hujjah
hendak dimalui
jangan memalui
hendak ramai
murahkan perangai
-Raja Ali Haji-
Posted by H.E.H at 7:59 PG 0 comments Links to this post
Rabu, 15 Jun 2011
hingga tiba saat itu
Lihatlah diri ini
Hanya ruang yang sepi
Kekosongan tiada berseri
Bagai pelaut usang
Yang dipukul gelombang
Itu bagiku pengalaman
Laut yang tak bertepi
Begitu nasib diri
Ku terumbang ambing diri
Tak kuasa berteman
Mencari keriangan
Bimbang diri kecundangan
Beronak berliku pendakian hidup ini
Terjatuh ke lumpur
Ditertawa dicaci
Sewaktu dipuncak
Banyak mata memandang
Namaku disebut dipuji dijulang
Siapa kawan
Siapa lawan
Tipisnya garis perbezaan
Lantaran itu kau maafkanlah aku
Sukar mempercayaimu
Mungkin suatu hari akan terbuka hati
Kekosongan akan terisi
Tapi ku rasa ragu
Sanggupkah kau menunggu hingga saat itu
-Jamal Abdillah-
Posted by H.E.H at 8:05 PG 0 comments Links to this post
gurindam yang kesepuluh
dengan ibu hendaklah hormat
supaya badan dapat selamat
dengan anak janganlah lalai
supaya boleh naik ke tengah balai
dengan isteri dan gundik janganlah alpa
supaya kemaluan jangan menerpa
dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kapil
-Raja Ali Haji-
Posted by H.E.H at 7:59 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 14 Jun 2011
bulan mengambang
Bintang terang bulan mengambang
Sayalah duduk dimuka pintu
Bintang terang bulan mengambang
Sayalah duduk dimuka pintu
Bila terpandang wajahmu tuan
Sedikit tidak menaruh jemu
Bila terpandang wajahmu tuan
Sedikit tidak menaruh jemu
Bulan hilang diliputi awan
Hujan pun turun berintik-rintik
Bulan hilang diliputi awan
Hujan pun turun berintik-rintik
Oh la Tuhan Yang Maha Kaya
Kenapa nasibku jadi begini
Oh la Tuhan Yang Maha Kaya
Kenapa nasibku jadi begini
Kalau ku tahu begini punya seksa
Dari lah hidup baik ku mati
Kalau ku tahu begini punya seksa
Dari lah hidup baik ku mati
-P.Ramlee
Posted by H.E.H at 8:08 PG 0 comments Links to this post
gurindam yang kesembilan
kejahatan seorang perempuan tua
itulah iblis punya penggawa
kepada segala hamba-hamba raja
di situlah syaitan tempatnya manja
kebanyakan orang yang muda-muda
di situlah syaitan tempat bergoda
perkumpulan laki-laki dengan perempuan
di situlah syaitan punya jamuan
adapun orang tua yang hemat
syaitan tak suka membuat sahabat
jika orang muda kuat berguru
dengan syaitan jadi berseteru
-Raja Ali Haji-
Posted by H.E.H at 8:04 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 13 Jun 2011
sabar
Beginikah derita hai orang yang sabar
Dituduh berdusta walaupun bercakap benar
Nama ku dicemar mana ku pergi orang tak gemar
Iman ku takkan bertukar dari menipu biar terlantar
Mengapakah dunia hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat itulah yang diutama
Si jujur menjadi mangsa pandai menipu lekas berharta
Biarlah aku hidup merana, aku tak rela hidup berdusta
Di mana keadilan yang aku harap-harapkan
Mengapa kezaliman menjadi balasan
Yang lemah ditekan yang berharta jadi sanjungan
Padamu oh tuhan aku serahkan tetapkan iman
-P.Ramlee-
Posted by H.E.H at 10:35 PG 0 comments Links to this post
gurindam yang kelapan
Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya
Lidah suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar daripada orang datangnya khabar
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syirik mengaku kuasa
Kejahatan diri sembunyikan,
kebajikan diri diamkan
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka
-Raja Ali Haji-
Posted by H.E.H at 10:04 PG 0 comments Links to this post
Ahad, 12 Jun 2011
gurindam yang ketujuh
Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampirkan duka
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat
Apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapanya letih
Apabila banyak mencacat orang,
itulah tanda dirinya kurang
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar
Apabila mendengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan
Apabila perkataan yang lemah lembut,
lekaslah segala orang mengikut
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tiada boleh orang berbuat onar
-Raja Ali Haji-
Posted by H.E.H at 12:50 PG 0 comments Links to this post
Sabtu, 11 Jun 2011
gurindam yang keenam
Cari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan ubat
Cari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan setiap seteru
Cari olehmu akan isteri,
yang boleh menyerahkan diri
Cari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan
Cari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi
-Raja Ali Haji-
Posted by H.E.H at 10:03 PG 0 comments Links to this post
Jumaat, 10 Jun 2011
ku bermohon padamu
Astaghfirullah.. Astaghfirullah..Astaghfirullahal ‘adzhim..
Al ladzii laa illa ha illaha..
Huwal hayyul qayyuum.. Wa atubu illaik..
Amin… Amin… Amin… Amin…
Ku bermohon pada mu Ya Allah..
Tetapkan iman ku... Sentiasa pada mu... Berserah pada mu...
Sesungguhnya solat serta ibadahku hidup dan matiku...
Hanyalah untuk mu…
Hanyalah untuk mu Ya Allah..
Laillahaillalah.. Laillahaillalah.. Laillahaillalah..
Ku bermohon pada mu
Tiap detik ku mengharap kebaikan mu
Lindungilah aku selamatkanlah
Dari seksaan mu yang azab sengsara
Laillahaillalah.. Laillahaillalah.. Laillahaillalah..
Ku bermohon pada mu
Permudahkanlah segala urusan
Rahmatilah segala pemberian
Kurniakanlah aku dunia dan akhirat
Amin… Amin… Amin… Amin…
-Boy B4-
Posted by H.E.H at 12:37 PG 0 comments Links to this post
gurindam yang kelima
lihat kepada budi dan bahasa,
jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
Posted by H.E.H at 12:23 PG 0 comments Links to this post
Khamis, 9 Jun 2011
gurindam yang keempat
Hati kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perompak yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.
-Raja Ali Haji-
Posted by H.E.H at 8:09 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 7 Jun 2011
gurindam yang ketiga
Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi.
-Raja Ali Haji-
Posted by H.E.H at 10:25 PTG 0 comments Links to this post
Ahad, 5 Jun 2011
gurindam yang kedua
Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.
-Raja Ali Haji-
Posted by H.E.H at 10:36 PTG 0 comments Links to this post
gurindam yang pertama
Barang siapa tiada memegang agama
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama
Barang siapa mengenal yang empat
maka ia itulah orang makrifat
Barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari
Barang siapa mengenal dunia
tahulah ia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
tahulah ia dunia melarat
-Raja Ali Haji-
Posted by H.E.H at 10:33 PTG 0 comments Links to this post
gerimis senja
Ku terpegun di jendela bila hujan gerimis senja
Tak ku lihat di hadapan ku diri ku dalam lamunan
Tiada lain yang ku bayangkan hanyalah peristiwa itu
Dosa-dosa yang ku lakukan tetap mengganggu batin
Tanya pada diri apakah ini semua cobaan belaka
Kesal ku tak berakhir menduga keyakinan ku kepadanya
Batin ku menjerit namun tiada suara
Aku cuba menyatukan semua harapan yang berkecai
Tuhan ku bimbingkanlah diri ku agar kesal ku hilang
Gerimis sungguh mencengkam tiada dapat ku tahan lagi
Sungguh-sungguh tak ku menduka hingga jadi begini
-Alleycats-
Posted by H.E.H at 10:32 PTG 0 comments Links to this post
seribu bintang
Ingin kupergi jauh darimu
Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih
Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu
Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti
Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku
Jangan permainkan cintaku
-Alleycats-
Posted by H.E.H at 3:23 PG 0 comments Links to this post
berita dari rantau
Angin pantai
Dingin mencengkam
Ombak laut
Mengajak pulang
Di sini ku rindu
Kampung halaman
Yang lama kutinggalkan
Betapa indahnya negeri orang
Tak seindah tanah tumpah darahku
Wajah sanak saudara yang tercinta
Bermain di mataku di kala sepi
Sawah ladang dan pohon nyior
dDengarkanlah jeritan hati
Kuingin nyatakan...
Aku sering merindu belaianmu
Aku sering merindui kasihmu
-Alleycats-
Posted by H.E.H at 3:18 PG 0 comments Links to this post
suara kekasih
Hadiran ombak membelai pantai
Tiada putusnya percintaan itu
Hembusnya bayangmu menyejukkan
Tapi tiada terhenti dahaga kerinduan
Suara kekasih
Membelai hatiku
Suara kekasih
Membasuh lukaku
Tibanya sinar bulan di laut
Dengan ribuna alunan kemesraan
Membawa kenangan yang berlalu
Dengan ribuan warna keemasan
Suara kekasih
Membelai jiwaku
Suara kekasih
Yang menyejukkan ku
Terdengar suaramu yang suci
Pabila terkejut dari mimpi
Ku manyakinkan suara itu
Memanggil daku dengan harapan
Tapi sayangnya alunan ombak
Yang memecah diri sangkaku
Suara kekasih
Yang memanggil daku
Suara kekasih
Di malam yang indah
-Alleycats-
Posted by H.E.H at 2:52 PG 0 comments Links to this post
yang tak berbeza
Cuba kau memandang di dalam diri sendiri
Cuba kau renungi sekitar hidup ini
Cuba perhatikan perawakan manusia
Pasti engkau mendapati tiap satu berbeza
Akan pasti kau akui
Keagungan Maha Esa
Cuba kau bertanya dari mana asal kita
Cuba menjawabnya dengan fikiran terbuka
Cuba kau bandingkan nasib tiap manusia
Pasti engkau mendapati tiap satu berbeza
Akan pasti kau temui
Berbagai bagai cerita
Langkahmu langkahku mungkin tak sehaluan
Caramu caraku tiada persamaan
Nyanyimu nyanyiku nadanya berlainan
Mimpimu mimpiku warnanya bertentangan
Satu perkara yang tak berbeza
Kau dan aku serupa di sisi Maha Esa
-Didi Jamil-
Posted by H.E.H at 2:43 PG 0 comments Links to this post
dabus rohani
Baju putih, selendang putih,
Mari dibawa pergi sembahyang.
Allah kasih, Muhammad kasih,
Rasulullah terlalu sayang.
Ertikan kehidupan ini,
Ucapkan syukur kepada-Nya,
Rabbul ‘Izzati Tuhan sesungguhnya,
Pasrah dan redha akar insani.
Waktu hidup di dunia,
Janganlah leka terpesona,
Oleh jaring segala kepalsuan.
Dengan wajah keindahan,
Tabir halus yang mengasyikkan,
Terkapar hayat sampai ke akhirnya
-Kopratasa-
Posted by H.E.H at 2:23 PG 0 comments Links to this post
layang-layang terputus talinya
Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku
Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku
Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya
Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma
-Alleycats-
Posted by H.E.H at 2:05 PG 0 comments Links to this post
hijab kekasih
Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama ku satukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi 'kan kukirimkan sana
Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbi ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rindumu
Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti
Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang kupuja
Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu
-M.Nasir-
Posted by H.E.H at 1:52 PG 0 comments Links to this post

