esok bermula buku lipatan baru
yang penuh dengan merah, hijau dan biru
yang menjadi penentu
hingga ke tahun lagi satu
yang lepas biarkan berlalu
pengajaran di masa lalu
pengalaman yang di ambil tahu
satu perjalanan yang akan di lalu
rintangan menderu, halangan menyeru
nafsu memburu, sabar merayu
tinggalkan yang busuk, buang yang susuk
tinggalkan yang keruh, buang yang luruh
tinggalkan yang buruk, buang yang keruk
ambil yang jernih, tunas dan benih
ambil yang suci, kotor dan cuci
ambil yang bersih, suci dan sisih
tanam azam, semai iltizam
sebati keringat, pupuk semangat
tetap di hati perjuangan diri
meneruskan dua kosong sebelas yang mesti digalas…
* Selamat Tahun Baru 2011
-Malim Muda-
Jumaat, 31 Disember 2010
dua kosong sebelas
Posted by H.E.H at 10:06 PG 0 comments Links to this post
Khamis, 30 Disember 2010
legasi politikerus
kerusi itu sudah mula berpolitik
setiap masa setiap detik
demi kelansungan kertas titik
bila tiba-tiba sekutunya tewas
tiada lagi tempat menggalas
tiada lagi tempat melaras
semakin ketara tersuratnya
semakin jelas tersiratnya
arahnya hanya 'membubuh'
tindak tanduknya sedikit gopoh
kerana selalu digosok dan dibasuh
jaringnya masih lagi bersepuh
masih lagi kukuh
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 10:34 PG 0 comments Links to this post
Rabu, 22 Disember 2010
tukang karut yang kalut
bercerita biasa merata
cerita mereka-reka
sedikit untung berkira
rugi sedikit bersuara
bila sudah kaya
cawangan dibuka
satu, dua dan tiga
konon boleh ‘membawa’
akhirnya lingkup juga
yang dicanang bukan main
yang didendang sudah ke lain
seperti tukang karut
yang tak habis mengarut
tak habis kalut
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 11:50 PG 0 comments Links to this post
Rabu, 8 Disember 2010
hidup ini
hidup ini tak pernah puas
bila nafsu semakin buas
harta benda dicari meluas
hidup ini tak pernah cukup
bila pahala selalu ditutup
dosa berhala dahulu direbut
hidup ini tak pernah bersyukur
bila akhirat jarang diukur
hanya dunia yang selalu berdengkur
hidup ini kerana kuasa
bila mana orangnya serupa
menongkat pangkat mengira masa
kita mencari apa yang kita mimpi
kita sering lupa barangkali
ini semua ujian alam ini
duniawi yang hampir mati
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 2:38 PTG 1 comments Links to this post
Jumaat, 3 Disember 2010
Hamba turut
membanting keringat, memeluh tak ingat
mengangkat beban, memikul suruhan
menurut kata, mengikut yang berkuasa
tanggung itu perlu dijawab
kantung itu perlu disuap
tabung itu perlu diberat
kita hanya pandai menurut
kita tidak pandai mengarut
arahan orang kuasa mesti diikut
kita hanya hamba yang menurut
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:09 PG 0 comments Links to this post

