asalnya pendeta
sang algojo ditukar nama
pelusuk mencarah
arusnya kuat menjajah
timbul dalam tenggelam resam
kuat berpijak lemah dihentak
omongnya mahu menakluk singgahsana
citanya mahu memeluk sama bangsa
semua tahu ini hanya dusta
permainan percaturan sang arjuna
hanya semata mimpi direka
mimpi sangkakala
-Malim Muda-
Ahad, 24 Oktober 2010
Saudagar darah
Posted by H.E.H at 12:21 PTG 0 comments Links to this post
Isnin, 18 Oktober 2010
Barang siapa..
barang siapa memegang agama,
maka orang itu orang bahagia
barang siapa tidak memegang agama,
sekali tidak boleh dibilangkan nama
barang siapa mengenal yang lima,
maka orang itu orang yang beragama
barang siapa tidak mengenal yang lima,
maka orang itu orang celaka
barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal yang bahri
barang siapa tidak mengenal diri,
maka ia sesat dalam kehidupan ini
barang siapa yang mengenal pahala,
maka termasuklah ia dalam golongan pendeta
barang siapa tidak mengenal pahala,
maka ia dalam golongan hamba
barang siapa yang mengenal sebenar dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya
barang siapa mengenal akhirat, tahulah ia dunia mudarat..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 10:47 PG 0 comments Links to this post
Khamis, 14 Oktober 2010
Hari meringgit
hari meringgit
hari kaget
kawan-kawan turun
lawan-lawan berkerumun
pawan-pawan mengelamun
senyap suasana
mendengar ceritera
ada yang mencorak
ada pula yang mencongak
tak kurang pula yang mendongak
madahnya berfalsafah
alasannya bermaruah
yang beku dicairkan
yang besar dikecilkan
lubang hitam diputihkan
anak-anak ini kelaparan
isikan mereka makan
tiupkan mereka bantuan
jangan lagi dibiarkan
kera-kera disusukan..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:01 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 5 Oktober 2010
Misteri mimpi
mimpi itu datang lagi
membawa maksud tersendiri
melakar perbuatan hati
mimpi itu
menjengah ke dalam diri
membawa pengertian sisi
adakah ianya satu tanda yang menanti
adakah ianya satu ramalan yang pasti
atau ianya muslihat yang bakal terjadi
ianya muncul berulangkali
kadang-kadang berhari-hari
tanpa disedari, tanpa dirasai
mimpi ini akan membawa jawapan
kepada misteri dunia yang satu lagi..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 5:01 PTG 0 comments Links to this post

