orang itu
sudah lama giatnya
berselindung saling melindung
dalam pembentukan kuasa bumbung
latar menyembunyi rahsia diri
muslihat hati nafsu mencari
syaitan turut menyanyi
ada pengikut, yang selalu takut
ada pembela, yang selalu dibela
ada penarik, yang selalu menarik
ada pelabur, yang selalu menabur
bangsanya dari kaum itu
dari dulu memang begitu
menggerutu dan berbulu
sepandai-pandai ia menari
akhirnya ia jatuh ke tanah tempatnya berdiri..
-Malim Muda-
Selasa, 21 September 2010
Ketua kuasa bumbung
Posted by H.E.H at 12:18 PTG 1 comments Links to this post
Jumaat, 3 September 2010
aidilfitri ini
aidilfitri ini
laungan takbir bergema
mendayu syahdu di jiwa
membuka sinar hari mulia
tahmid bertakbir erti ketenangan
tanda kesyukuran hari kemenangan
sebulan puasa bulan ramadan
hari lebaran yang dinantikan
sinar pasti lambaian
penuh keihlasan satu keinsafan
aidilfitri ini
saling berkunjungan bersalaman
mengerat silaturahim ikatan
keindahan sebuah perhubungan
saling melupakan segala perselisihan
saling memaafkan kesilapan
memohon keampunan kesalahan
aidilfitri ini
buat saudara yang kejauhan
hati dalam kenangan
rindu dipertemukan
andainya tidak sempat
setidaknya masih dapat diucap
tulus hati memohon maaf
atas segala dosa dan khilaf
aidilfitri ini
yang pulang kampung halaman
berhati memandu di jalan
jangan hilang pertimbangan
kelak nyawa jadi taruhan
biar buat peringatan
tiada berguna akhir sesalan
aidilfitri ini
bagi insan penuh kekurangan
yang merayu dalam pandangan
yang mengharap dalam pengertian
sama sesama menghulur bantuan
sama seagama meringankan beban
demi menyambung kembali persaudaraan
aidilfitri ini
ramadan cepat meninggalkan
bulan penuh keberkatan
bulan penuh pengorbanan
buat jiwa yang insan
mengulit penghayatan
dalam medan ramadan
moga diterima segala amalan
yang menjadi rukun amalan
moga-moga berkesempatan
menunggu kedatangan
ramadan tahun hadapan
aidilfitri ini
yang telah pergi mendahului
yang telah pergi meninggalkan diri
airmata jatuh menangisi
sedih mengalir tidak henti
doa dibekal menemani
moga diberkati dirahmati
agar tempatnya berseri
hingga kekal abadi
aidilfitri ini
dengan rasa rendah diri
dari tulus hati seikhlas budi
hujung jari melingkar ke sanubari
ucapan salam aidilfitri
maaf zahiri dan batini
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:01 PG 0 comments Links to this post

