merdeka bangsa
berkorban harta
berkorban nyawa
menjeritlah dengan bahasa
membela nasib bangsa
ikatan tanah negara
berjuanglah dengan kental
bersemangat dengan berakal
untuk warisan yang kekal
merdeka yang dianugerahi
merdeka yang pasti
merdeka dari ilahi
ini ibu pertiwi kita
jangan derhaka kepada negara
yang telah mewariskan pada kita
sebuah kemerdekaan
yang perlu dipertahankan.
sebuah sejarah
yang jangan dilupakan
-Malim Muda-
Rabu, 18 Ogos 2010
Merdeka bangsa
Posted by H.E.H at 6:17 PTG 0 comments Links to this post
Rabu, 11 Ogos 2010
Dua persimpangan
Kita sering terperangkap
Antara dua persimpangan
Yang mana satu jadi pilihan
Suara hati berkata
Inilah jalan sebenar
Di hujung nanti akan ada cahaya sinar
Jalan yang kembali kepadaNya
Suara nafsu pula berkata
Inilah jalan sekarang
Di hujung nanti tiada yang kurang
Jalan yang tiada larang
Hidup ini penuh pancaroba
Ada dosa ada pahala
Dugaan yang datang berganti
Takdir tidak dapat dikembali
Yang terjadi tetap terjadi
Ujian menimpa tidak berhenti
Supaya insaf mengenal diri
Mencapai kehidupan sejati
Yang mengalah terus kalah
Yang merintih terus letih
Yang tunduk terus duduk
Yang sujud tidak terkejut
Di sini hanya persinggahan
Antara dua persimpangan
* Salam Ramadan 2010
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 7:52 PG 0 comments Links to this post
Khamis, 5 Ogos 2010
Kerusi dunia bongkah
dirasakan kerusi itu
sudah lama di situ
belum tiba masa
dia menurun takhta
hayatnya disambung antara
purnama ke purnama
dia masih lagi berupaya
berkuasa dan bergeliga
memohon bantuan orang kanan
memohon rayuan ketua haluan
meneruskan jaringan
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 4:30 PTG 0 comments Links to this post

