di kalangan catur-catur itu
dialah dipanggil ketua
kadang-kadang
gerakannya mengelirukan
langkahnya memeningkan
terlalu imaginasi
impian yang meninggi
mungkin yang barangkali
seribu persepsi
sesatu hari,
ia hadap berdiri
memanggil perbarisan
memutus keputusan
kesannya berangkai pasti
akibatnya menjangkau tak henti
dia lupa yang musuh menanti
catur yang lain berubah hati
pemilihan akan datang bergolak kembali
-Malim Muda-
Selasa, 20 Julai 2010
Catur yang menyungkur
Posted by H.E.H at 8:02 PG 0 comments Links to this post
Rabu, 14 Julai 2010
Sesumpah luar biasa
sesumpah itu sudah bersumpah
merangkak mentekedarah
asalnya dalam kumpulan agama
mencari pahala mencuci dosa
gemarannya orang kuasa
bila ternama menukar ketua
suka mereka gemar bercerita
seluruh tanah gegak gempita
itu lah dia sesumpah luar biasa
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:09 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 5 Julai 2010
Helah dalam amanah
mereka seperti ada agenda
menutupi yang tiada
menyembunyi yang selesa
telahan mereka disalah tafsir
mereka anggota hatinya kecil
disangka emas rupanya pasir
jangan kerana ada-ada
janji dilupa begitu sahaja
bukankah ianya satu amanat
yang perlu difikir sebelum dibuat
bukankah ianya satu amanah
perlu disoal kurangkan karenah
bila berdiri semua suara
penentunya hanya timbang tara
kerana yang tidak dapat melihat
akan memanggil yang hakikat
tanggung itu mesti di jawab
sebelum luka terus melarat
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 12:52 PTG 0 comments Links to this post
Khamis, 1 Julai 2010
Memacak hari
hari itu akan tiba
hari itu akan terasa
bila mana orang tengah
orang harapan orang gagah
akan mengetuai kita
membawa ke persada
masa itu dia akan memacak hari
menstruktur kembali
merombak organisasi
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:18 PG 0 comments Links to this post

