acapkali sering terjadi
bila mana nakhoda itu
mula belayar kapal baru
bukannya pertama kali
bukannya tiada pengalaman diri
sudah berpuluh kali
kapal dihilir dihulu
ada sahaja orang haluan itu
menanti menunggu waktu
untuk menyerang bertalu
menawan kapal baru
tetapi jangan disangka
nakhoda itu bukan sembarangan
nakhoda itu bekas orang jagoan..
-Malim Muda-
Jumaat, 25 Jun 2010
Nakhoda jagoan
Posted by H.E.H at 12:19 PTG 0 comments Links to this post
Selasa, 22 Jun 2010
Jurang garisan
ada satu jurang
di antara keduanya
garisan berbeza
kedudukannya tinggi
jika dibandingkan dengan diri
seperti ianya mempunyai dunia sendiri
dahulu mungkin tidak fikir
dahulu tidak pandai sifir
dahulu tidak belajar ilmu
dahulu tidak berguru
tetapi sekarang seperti menyesal
semua yang lepas tiada yang bekal
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 12:39 PTG 0 comments Links to this post
Khamis, 17 Jun 2010
Pelakon kawan-kawan
di atas pentas itu
kelihatan seorang pelakon
beraksi dengan kawan-kawan
cuba mencari kelainan
cuba membuat perubahan
tetapi diri sendiri tak tentu haluan
diri sendiri yang berkepentingan
kawan-kawan jadi sandaran
kawan-kawan digunakan
siapa yang engkar dinyahkan
siapa yang patuh diberi pujian
mengharap habuan di hujung jalan
atas ehsan ketua haluan
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 9:05 PG 0 comments Links to this post
Rabu, 16 Jun 2010
Penaungan
di satu sudut itu
terlihat satu bentuk kuasa
yang telah lama menaungi
bertahun lamanya
mungkin padanya belum masa
untuk undurkan diri sementara
mungkin belum ada pengganti yang berada..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:38 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 15 Jun 2010
Penduga akal
seringkali ia menduga
akal dan kepala
mencatur kepala buahnya
memilih anak buahnya
yang besar, di depan
yang kecil, di belakang
selagi ada orang haluan
yang berpengaruh menahan
pasti ia akan ada
mencari kepentingan
meluas taklukan
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:46 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 14 Jun 2010
Bayangan mata
disebalik anak matanya
yang berbayang dua
matanya memandang terus ke dalam
membaca hati niat yang tersembunyi
matanya cuba mentafsir salam
maksud redup dan kelam
matanya tersenyum, alisnya bergulung
menjangkau angan yang kosong
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 12:46 PTG 0 comments Links to this post
Jumaat, 11 Jun 2010
Egois yang memukau
bila mana jari tunjuk menjadi noda
bila mana niat menjadi agenda
yang di bawah akan memandang
yang di atas akan digebang
segala pertunjukan harus diteruskan
dalam satu pentas lakonan
strategi harus berlarutan
memukau orang-orang haluan
tetapi harus diingat
langit tidak selalu berawan
roda akan berlalu pusingan
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 10:17 PG 0 comments Links to this post
Khamis, 10 Jun 2010
Akalnya begitu
sudah ditakdirkan
sifatnya mengelirukan
budinya bercampur balasan
akalnya fikiran
sikapnya kepuraan
ramai mentafsirkan
ramai membuat andaian
untuk memecah kebuntuan
ini bukan kerja sembarangan
ini kerja orang haluan
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:04 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 8 Jun 2010
Katanya memuka
bila terbiasa katanya
luar biasa siapa yang mendengarnya
berkata biar berdusta
berdusta di dalam dosa
rutin harian
orang dikiri orang di kanan
menjadi hutang umpan
semakin hari semakin saban
seribu janji jadi taruhan
hanya menunggu masa
mencabar kesabaran
gentayangan orang amukan
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 11:35 PG 0 comments Links to this post
Jumaat, 4 Jun 2010
Selimut di dalam sembunyi
gerakan itu sudah lama bersembunyi
menutup kelemahan diri
kes yang menjadi sensiviti
selimut itu bukan selimut biasa
di beri pencipta yang berkarya
kalisnya tidak terduga
tebalnya tiga kali ganda
mereka bukan sembarangan
mereka orang harapan
awas kalau tergelincir
terus masuk terperosok
tiada lagi tempat menyorok
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 10:30 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 1 Jun 2010
Kini masanya
akhirnya tiba
masa yang dinanti
pasti akan berubah
mana yang dipindah
mana pula yang dikerah
mungkin satu permulaan
episod satu kehidupan
satu harapan
dalam meneruskan perjalanan
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 11:06 PG 0 comments Links to this post

