Khamis, 27 Mei 2010

Biarkan labunya hanyut

labu itu bergerak sendiri
makin lama, makin panas
makin lama, makin ganas

memang begitu rutin harinya

ada eloknya biarkan sahaja ia
hidup dengan kepuraannya

ada benarnya biarkan sahaja ia
hirup dengan udaranya

mungkin satu hari nanti
pasti ia akan bersendiri
menyepi dan tidak lagi berdiri

masa itu ia akan tahu
segala perbuatannya dahulu



-Malim Muda-

Isnin, 24 Mei 2010

Kuasa yang berjanji

telah lama
terlalu lama
sekian lama

kuasa ini telah berjanji
mengangkat tangan
menyembah sumpah

semua janji akan ditunaikan

tetapi sehingga kini
tiada apa-apa jawapan
tiada apa-apa penyelesaian
tiada apa-apa harapan..



-Malim Muda-