cari olehmu akan sahabat
yang boleh dijadikan ubat
cari olehmu akan guru
yang boleh tahukan tiap seteru
cari olehmu akan isteri
yang boleh 'dimenyerahkan' diri
cari olehmu akan kawan
pilih segala orang yang setiawan
cari olehmu akan abdi
yang ada baik sedikit budi
- Raja Haji Ali ( Gurindam 12 ) -
Selasa, 30 Mac 2010
Gurindam pasal yang keenam
Posted by H.E.H at 8:01 PG 0 comments Links to this post
Khamis, 25 Mac 2010
Gurindam pasal yang kelima
jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat kepada budi dan bahasa
jika hendak mengenal orang yang berbahagia
sangat memeliharakan yang sia-sia
jika hendak mengenal orang mulia
lihatlah kepada kelakuan dia
jika hendak mengenal orang yang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu
jika hendak mengenal orang yang berakal
di dalam dunia mengambil bekal
jika hendak mengenal orang yang baik perangai
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
- Raja Haji Ali ( Gurindam 12 ) -
Posted by H.E.H at 8:42 PG 0 comments Links to this post
Jumaat, 19 Mac 2010
Gurindam pasal yang keempat
hati kerajaan di dalam tubuh
jikalau lalim segala anggota pun roboh
apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah
mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir
pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala
jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong
tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka
bakhil jangan diberi singgah,
itupun perompak yang amat gagah
barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar
barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur-ketur
di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi
- Raja Haji Ali ( Gurindam 12 ) -
Posted by H.E.H at 7:51 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 16 Mac 2010
Gurindam pasal yang ketiga
apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita
apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping
apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah
bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan
apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senonoh
anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi
- Raja Haji Ali ( Gurindam 12 ) -
Posted by H.E.H at 8:05 PG 0 comments Links to this post
Khamis, 11 Mac 2010
Gurindam pasal yang kedua
barang siapa mengenal yang tersebut
tahulah ia makna takut
barang siapa meninggalkan sembahyang
seperti rumah tiada bertiang
barang siapa meninggalkan puasa
tidaklah mendapat dua termasa.
barang siapa meninggalkan zakat
tiadalah hartanya beroleh berkat.
barang siapa meninggalkan haji
tiadalah ia menyempurnakan janji
- Raja Haji Ali ( Gurindam 12 ) -
Posted by H.E.H at 8:51 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 2 Mac 2010
mitosnya begitu
telah dikatakan
khabar angin itu
bukan lagi satu dongengan
orang-orang gelandangan
sama-sama berbalahan
mencari satu kepuasan
sudah menjadi kebiasaan
kuasa didahulukan
kepentingan sendiri diutamakan
kisah ini akan bersambungan
kisah ini akan berterusan
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:32 PG 0 comments Links to this post

