pulau itu
segalanya bermula
pada suatu masa
perisitiwa yang diduga
pulau itu
semakin besar tanahnya
semakin luas jajahannya
seluruh pelusuk buana
pulau itu
kuat pada puncaknya
cepat pada dasarnya
tetapi rupanya pulau itu hanya
dalam satu bongkah yang makin berbelah..
-Malim Muda-
Jumaat, 19 Februari 2010
Pulau itu
Posted by H.E.H at 3:00 PTG 1 comments Links to this post
Rabu, 10 Februari 2010
Bendahara perak
dinihari itu
ada yang bergoyang
ada yang tidak boleh berenggang
ada pula yang bersembahyang
hari itu diperdengarkan
hari itu ditentukan
keputusan pengadilan
siapa yang layak
siapa yang berhak
kamar sudah membuat bicara
yang menang menjadi nakhoda
yang kalah menjadi biasa
kini bersatulah semua
demi perpaduan sebangsa
taat pada yang dipertua
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 11:15 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 2 Februari 2010
Hari timbang
hari ini hari timbang
hari ini penuh gebang
bicara kata bermula
bahasa tubuh diguna
akal licik tersedia
mungkin lepas mungkin dirampas
setelah bertangguh bersungguh
berdalih cuba mengalih
bukti perangkap sendiri
penyokong dikumpul
sebelum itu diberi sampul
sebelum digumul dan digumpul
sepandai-pandai ia menari
akhirnya ia jatuh ke tanah tempatnya berdiri
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:50 PG 0 comments Links to this post

