dahulu tanah ini berdarah
dahulu tanah ini diratah
dahulu tanah ini dilangkah
kini
ianya menjadi megah
subur dan basah
atas kuasa pemerintah
tanah ini
tanah tumpah tanah bertuah
tanah air tanah mengalir
tanah ini
pusaka anak bangsa
tanah anak-anak kita..
-Malim Muda-
Rabu, 27 Januari 2010
Tanah bertuan
Posted by H.E.H at 11:48 PG 0 comments Links to this post
Khamis, 21 Januari 2010
Bunga bangsa
bunga bangsa
hati sucimu tidak berdosa
akal rasa penuh mulia
bunga bangsa
menulis garisan
menyambung warisan
bunga bangsa
maruahmu berharga
nilaimu tidak terkira
jangan kau menderhaka kepada negara
jangan kau engkar pada pemerintahnya
biar berkorban jiwa lara
asal sempurna bunga bangsanya..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 10:55 PG 0 comments Links to this post
Rabu, 13 Januari 2010
Kerja gila
kerja itu kerja gila
kerja itu memang bahaya
mengejar emas di hujung pelangi
yang wujudnya belum pasti
yang ruginya berganti
bila yang mengejar terus mengejar
mengejar tiada hujungnya
mengejar tiada penamatnya
sesalan tinggal sahaja
nafsu punca bahana
punah tidak berguna
secupak takkan jadi segantang
dahulu takkan jadi sekarang
dulu dilarang tapi garang
tapi sekarang
yang tinggal hanyalah sebarang
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:46 PG 0 comments Links to this post
Selasa, 5 Januari 2010
Tahun serba rasa
dua puluh sepuluh pembuka bicara
cabaran baru bermula
tahun menempuh segala
purnama dua bermula cerita
yang ditunggu sudah tiba
yang dinanti akan menjelma
melangkah gagah dalam berani
berangkat tolak tempat bersembunyi
menurut perintah yang mengarah
menyokong seperti hang tuah
tiada yang perlu ditakuti
tiada siapa yang perlu dibenci
hanya tugas penuh kendiri
ikhlas jujur di dalam hati
tahun ini penuh kiriman
datang bulan tidak berpesan
saudagar pula mencari pasti
hujung bulan ditagih janji
tahun ini serba rasa
tahun ini hidupnya terasa
nikmat sesuatu yang sempurna..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 2:15 PTG 3 comments Links to this post

