Selasa, 5 Oktober 2010

Misteri mimpi

mimpi itu datang lagi
membawa maksud tersendiri
melakar perbuatan hati

mimpi itu
menjengah ke dalam diri
membawa pengertian sisi

adakah ianya satu tanda yang menanti
adakah ianya satu ramalan yang pasti
atau ianya muslihat yang bakal terjadi

ianya muncul berulangkali
kadang-kadang berhari-hari
tanpa disedari, tanpa dirasai


mimpi ini akan membawa jawapan
kepada misteri dunia yang satu lagi..



-Malim Muda-

0 comments: