Rabu, 18 Ogos 2010

Merdeka bangsa

merdeka bangsa
berkorban harta
berkorban nyawa

menjeritlah dengan bahasa
membela nasib bangsa
ikatan tanah negara

berjuanglah dengan kental
bersemangat dengan berakal
untuk warisan yang kekal

merdeka yang dianugerahi
merdeka yang pasti
merdeka dari ilahi

ini ibu pertiwi kita
jangan derhaka kepada negara
yang telah mewariskan pada kita

sebuah kemerdekaan
yang perlu dipertahankan.

sebuah sejarah
yang jangan dilupakan


-Malim Muda-

0 comments: