Isnin, 5 April 2010

Gurindam pasal yang ketujuh

apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta


apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampirkan duka


apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat

apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapanya letih


apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang


apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur


apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar


apabila mendengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan

apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut


apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar


apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar


- Raja Haji Ali ( Gurindam 12 ) -

0 comments: