Jumaat, 16 April 2010

Gurindam pasal yang kesepuluh

dengan bapa jangan durhaka,
supaya allah tidak murka

dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat

dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai

dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa

dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kafil


- Raja Haji Ali ( Gurindam 12 ) -

0 comments: