Jumaat, 19 Februari 2010

Pulau itu

pulau itu
segalanya bermula
pada suatu masa
perisitiwa yang diduga

pulau itu
semakin besar tanahnya
semakin luas jajahannya
seluruh pelusuk buana

pulau itu
kuat pada puncaknya
cepat pada dasarnya
tetapi rupanya pulau itu hanya
dalam satu bongkah yang makin berbelah..



-Malim Muda-

1 comments:

cerpelai berkata...

Mana pulau mana tanah,
Mana belah mana terpecah;
Mana sasau mana salah,
Mana bilah mana kedarah...