Selasa, 2 Februari 2010

Hari timbang

hari ini hari timbang
hari ini penuh gebang

bicara kata bermula
bahasa tubuh diguna
akal licik tersedia

mungkin lepas mungkin dirampas
setelah bertangguh bersungguh
berdalih cuba mengalih
bukti perangkap sendiri

penyokong dikumpul
sebelum itu diberi sampul
sebelum digumul dan digumpul

sepandai-pandai ia menari
akhirnya ia jatuh ke tanah tempatnya berdiri



-Malim Muda-

0 comments: