hari hari terakhir
semakin dekat harinya
semakin jauh larinya
meninggalkan teman
menjauhkan kenangan
masanya begitu lekas
detiknya begitu pantas
ku terpaksa berdiri
ku terpaksa pergi
selepas ini
dahulu di sinilah
ku mula bertapak
ku mula bergerak
tempat bermain mesra ketawa
tempat bersaing leka sendawa
tidak pernah ku lupakan
teman seperjuangan
yang bermain di fikiran
harapan tinggal harapan
semoga bertemu lain batasan
esok ku mula melangkah
gagah dalam menyerah
ke dunia berbongkah
-Malim Muda-
Selasa, 30 Jun 2009
Hari-hari terakhir
Posted by H.E.H at 7:52 PG 2 comments Links to this post
Jumaat, 26 Jun 2009
Rejim bertopeng
rejim
besar kecil kepala
bersama ada masa
berguna bila tiada
rejim
satu pakatan dua angkatan
menyamar dalam diam
bertopeng berbelang
rejim
takut berani menyerang
muka mata menerang
hati tawa mengerang
rejim
golongan bergolong
himpun gerak mendukung
klimaks dihitung
gagasan yang di canang
gugusan yang di lancang
mengugur barisan
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:31 PG 0 comments Links to this post
Isnin, 22 Jun 2009
Daerah helah
satu daerah
dari darah yang mengerah
satu daerah yang penuh helah
dari orang yang mengarah
tipu daya bermain onar
menggoda kata celupar bicara
maksiat licik disorong
ubat kecil melorong
saling berpuak saling berjuak
mengadu domba merawak
kuasa pangkat dikejar rapat
mengisi tempat dalam tarikat
rebutan cantas saingan yang pantas
penyakit menjerit orang-orang pelesit
daerah ini memang tak sunyi dari helahnya…
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 10:35 PG 2 comments Links to this post
Khamis, 18 Jun 2009
Makhluk berkaki empat
hari pertama gelagat meloyakan
aksi murahan umpama badut gelakan
lantang bersuara nafsu sebangsa
menebus kuasa hilang ketika
khianat kata lebih bahasa
kurang ajar tidak di duga
hilang malu perasaan
bila hati tiada sesalan
atau iman tiada pegangan
agama tinggal ucapan
orang mula mentafsir cerita
yang asal menjadi rahsia
menjadi bawaan orang pendeta
menjadi suruhan orang seangkara
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 8:40 PG 4 comments Links to this post
Isnin, 15 Jun 2009
Surat esok bangsaku
melihat gelapnya langit
mendung bergumpul sengit
menimbus debu putih
tinggal pilu sedih
melakar jerebu hitam
yang legam kelam
suram makin lama menebal
karam makin lama bertampal
menenggelamkan haluan kapal
hatinya tidak bersatu
tajinya bercakar meluru
dendam khianat jadi kesumat
takbur dengki lupa diri
buta hati hilang jati
maruah berkecamukan
darah bergelimpangan
pelahap gila kuasa
penjerat terus ketawa
pengikut terikat ternganga
tinggal nama hilang di dunia
begitulah gambaran baru
suratan siasah bangsaku
apakah ada lagi surat esok untuk bangsaku?
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 11:07 PG 6 comments Links to this post
Rabu, 10 Jun 2009
Erdogan baju merah
regunya tersurat
proksinya tersirat
berani untuk mengubah
cemas bila terpisah
wayangnya begitu terpesona kaku
tarinya begini melonjak diri
alirannya hitam rukunnya malam
pengikutnya memejam
sambil bersalam
berlawanan dengan yang putih
berhadapan dengan yang siang
dominasi manipulasi
mainan tranformasi
tetapi sayang hanya minoriti
seharusnya dia kembali
mengenal diri sendiri
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 10:43 PG 2 comments Links to this post
Jumaat, 5 Jun 2009
Rombong gelap
rombong gelap
bergerak malam
malam yang panjang
misinya tiada sempadan
tiada haluan
kemana di tuju?
hilir atau hulu
masing-masing tidak tahu
seperti ada orang yang memerhatikan
seperti sudah di atur-aturkan
seribu satu persoalan..
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 10:00 PG 2 comments Links to this post
Selasa, 2 Jun 2009
Lelaki di balik tabir
di balik tabir itu
tersembunyi seorang lelaki
yang mencari-cari
di balik tabir itu
tersingkap rahsia
antara rahsia
hina menjadi maruahnya
kecewa menjadi hatinya
derita menjadi perasaannya
lelaki itu sudah lama terseksa
lelaki itu sudah banyak mencuba
masa silamnya adalah musuhnya
masa depannya adalah bayangannya
lelaki itu tahu masanya
penentu segala
demi satu perjalanannya
-Malim Muda-
Posted by H.E.H at 9:34 PG 4 comments Links to this post

