Khamis, 1 Oktober 2009

Nafsu Rahsia

nafsu itu bersahaja
mengerti segala
mencongak prasangka

seolahnya ia tahu
sebelum mendahulu
nafas seorang pelaku

jelmaan kala
mengatur niat
serakah tersirat

kuasanya hitam
bila hati malam
setaranya putih
bila hati jernih

terpulang empunya diri
jangan biar menguasai
jangan biar bersembunyi

biarlah bermusuh dengan seteru
asal jangan dengan guru
kelak hidup haru biru

kerana nafsu itu tidak boleh dipercaya
kerana nafsu itu tidak boleh diduga
kerana nafsu itu nafsu rahsia...



-Malim Muda-

6 comments:

imammuda berkata...

mantap malim muda
teruskan berkarya...

H.E.H berkata...

tq, perjuangan bahasa melayu, bahasa agung harus diteruskan

setiakasih berkata...

salam...
dalam berahsia ada nafsu
dalam nasfu ada cinta
dalam cinta ada kita
dalam kita ada DIA

benar katamu
jangan biar ia mengongkong
jangan biar ia berkuasa
sekali alpa
hilang DIA
hilang segala

H.E.H berkata...

setiakasih
nafsu itu umpama api yang terperangkap dalam balang air

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam H.E.H,

"kunjungan lagi",

"nafsu kadangnya kita".

H.E.H berkata...

Zulkifli Mohamed
Benar kata bijak bicara..