Khamis, 20 Ogos 2009

Makhluk kecil

makhluk kecil itu dicipta
hidup di udara
berabad lamanya

ketika dulu
semua berhati memerhati
makhluk kecil digelar pembunuh bersiri

tiada belas kasihan
tiada sifat perikemanusiaan
menjadi ancaman bencian

kini
ia telah dibangunkan semula
merayap serata meluas empayar

menyedarkan manusia
yang lupa dan alpa




-Malim Muda-

2 comments:

cerpelai berkata...

Makhluk kerdil yang melata itu..
Melatanya kerana siapa..
Untuk apa dan dari mana..

Makhluk kerdil yang merasuk itu..
Rasuknya kerana apa..
Untuk kita dari terus lupa..

***********

Selamat menyambut puasa pada bro dan keluarga.. Makin menjadi-jadi hebatnya bro ni.. Sampaikan ada yang ambik salah-satu sajak bro dan letak di blog dengan nama bro tertera..

Tabik encik..!!

H.E.H berkata...

salam ramadhan juga buat bro...dan tabik juga buat bro yg semakin hebat penulisannya ..

He..he..he.

p/s: blog yg mana satu tu?