Khamis, 18 Jun 2009

Makhluk berkaki empat

hari pertama gelagat meloyakan
aksi murahan umpama badut gelakan

lantang bersuara nafsu sebangsa
menebus kuasa hilang ketika

khianat kata lebih bahasa
kurang ajar tidak di duga

hilang malu perasaan
bila hati tiada sesalan

atau iman tiada pegangan
agama tinggal ucapan

orang mula mentafsir cerita
yang asal menjadi rahsia

menjadi bawaan orang pendeta
menjadi suruhan orang seangkara


-Malim Muda-

4 comments:

Pejuang orang melayu berkata...

memalukan agama dan bangsa
perosak akidah umat yang dimulia..

H.E.H berkata...

pejuang orang melayu
;)

Miss Bee berkata...

siapa pulak makhluk berkaki empat ni?
takkan orang pulak...
heh..

H.E.H berkata...

Miss bee
memang orang pun..haha