Selasa, 30 Jun 2009

Hari-hari terakhir

hari hari terakhir
semakin dekat harinya
semakin jauh larinya

meninggalkan teman
menjauhkan kenangan

masanya begitu lekas
detiknya begitu pantas

ku terpaksa berdiri
ku terpaksa pergi
selepas ini

dahulu di sinilah
ku mula bertapak
ku mula bergerak

tempat bermain mesra ketawa
tempat bersaing leka sendawa

tidak pernah ku lupakan
teman seperjuangan
yang bermain di fikiran

harapan tinggal harapan
semoga bertemu lain batasan

esok ku mula melangkah
gagah dalam menyerah
ke dunia berbongkah


-Malim Muda-

2 comments:

KOALAJEPONG berkata...

wah2..penuh dgn emosi la hasrul...

H.E.H berkata...

luahan terpendam..
hahahhaha