Isnin, 4 Mei 2009

Nasib dunia akhir zaman

nasib agama di akhir zaman
kembali asing dari pandangan
ramailah orang sudah lupakan
rukun islam dan rukun iman

wahai ke mana arah tujuan
bila agama sudah lupakan
marilah kita cuba hidupkan
sunah junjungan syariat tuhan

bila harta jadi idaman
wang di anggap sebagai tuhan
hilanglah malu dan rasa segan
meminta rasuah jadi amalan

sifat amanah akan hilang
dari kalangan orang terbilang
tipu menipu tiada sumbang
nasib dunia bertambah malang



-Malim Muda-

5 comments:

Darleena Yusof berkata...

yup betul tanda2 akhir zaman semakin nyata..hari berganti hari,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun ianya semakin jelas daripada apa yg dh di jelaskan dlm al-Quran.

Cheguman@Demang Lebar Daun berkata...

Dunia ini hanya sementara... seorang rakan memberitahu: umur nabi Adam as di dunia lebih kurang 1000 tahun. Jika ditukar ke waktu di akhirat cuma sehari je... Kalau umur kita 60 tahun, berapa jam waktu di akhirat? alahai... pendeknya... wallahu'alam.

H.E.H berkata...

Darleena Yusof
;)

Cheguman@Demang Lebar Daun
Itu yang ramai orang tak tahu

cerpelai berkata...

Ya manusia.. Wang itu tuhanmu.. Pangkat itu kiblatmu.. Nama itu junjunganmu.. Betina itu bidadarimu.. Nerakalah tempatmu..

Ya penyembah Maha Pencipta.. Allah itu Tuhanmu.. Kaabah itu kiblatmu.. Muhammad itu junjunganmu.. Quran itu bidadarimu.. Syurgalah perhentianmu..

H.E.H berkata...

cerpelai
;)