Selasa, 7 April 2009

Hari Penentuan

Cerita 1
tersebutlah seorang pendeta yang menikus di dunia angannya.
dikelilingi oleh orang-orang pagar.
suka menaiki kuda suruhan yang ditunggangi dengan laju.
harapan satu ciptaan beradu

Cerita 2
kerja Penglipurlara berlagu hikayat.
selalu asyik mendendang lagu rakyat.
semua terpinga dan terpercaya kaum kerabat.
segerombolan orang gasar memang suka berkata “Sungguh ajaib, memang hebat”

Cerita 3
setelah merantau ke negeri orang, Mergastua kembali pulang ke sarangnya.
walaupun berusia, paruhnya masih tajam.
meskipun matanya hampir kabur tetapi tulang temulangnya masih utuh.
demi mempertahankan maruah keturunannya

penentunya akan berlaku bila utusan memanggil jawapan



-Malim Muda-

3 comments:

Cheguman@Demang Lebar Daun berkata...

Salam,
Sebenarnya saya kurang beri perhatian pada siapa yg akan menang dlm PRK kali ini. Bagi sy jika PR menang, maka ini mungkin kemenangan terakhir mereka. Tsunami sedang melanda dan menukarkan persepsi rakyat. Saya jangkakan sebelum JulaI (tarikh perbicaraan si polan...) maka PKR akan berkecai dan PR akan jadi kenangan.

Pejuang orang melayu berkata...

salam kepada saudaraku,

apa yg berlaku pd org2 melayu hari ini ibarat jatuh lg ditimpa tangga. Kita mudah lupa ttg sejarah negara yg di galas datuk nenek yg mati krn berjasa agar selamat negaranya utk anak2 dan cucu2nya . Bersiap2 la kita menyerahkan negara yg tidak selamat ini utk dihuni kpd anak2 cucu kita. Bersedia la kita2 sume apabila anak cucu kita mungkin tidak lg menyiram air mawar ke atas pusara kita mungkin hanya air najis shj layak utk pusara2 kita.
Pilu sungguh apa yg berlaku kerana kita melayu sudah lupa..

H.E.H berkata...

Cheguman@Demang Lebar Daun
;)

Pejuang orang melayu
Bangsa melayu akan kembali 'bertatih' seperti dahulu jika keadaan berlaku