Khamis, 5 Mac 2009

Pokok

Di bawah pokok
Ada berdiri ada duduk

Ada berkata dusta
Ada menjual suara

Mengusul cerita
Membuat onar luka
Memanggil sokongan
Kaki dan tangan

Berkerumun mengelilingi
Menari tarikan tersendiri

Apa yang dirai?
Membilang hari atau menjilat jari

Meneriak serentak
Memekak hentak
Apa yang diburu?
Barangkali hantu

Hari ini dalam sejarah
Mengarah kerah
Sidang luar daerah

Panas sejuk berangin
Pastinya bangsa mat jenin terus kepingin
Sedangkan bangsa lain tersenyum dingin



-Malim Muda-

9 comments:

one love berkata...

deme kejor publisiti!

hehe

H.E.H berkata...

tak, mengambil kesempatan

hahaha

Z-MAY berkata...

pokok yang berdiri tegak
merestui atau tidak
atau mungkin ia tergelak
tapi tiada sesiapa yg nampak..

he he he...

H.E.H berkata...

Z-MAY
mungkin juga dia 'menangis'..

[[~R*i*Y*s*E*s**L*a*D*y~ ]] berkata...

huhu..byk tul...ermm...tp best gak layan..

Sedingin Salju berkata...

Pokok itu mungkin juga menangis mengenangkan perangai manusia yang tidak tahu menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh tuhan yang maha esa.

H.E.H berkata...

RiYsEs LaDy
;)

Sedingin Salju
Kita tunggu 'Laksamana' turun menyelamatkan kita

mamat khalid berkata...

ok la ok la nanti abg turun! ehee

H.E.H berkata...

mamat khalid
ok gak tu bang...