Selasa, 17 Mac 2009

Perhitungan

Bermulanya pertarungan antara dua kumpulan
Bermulanya pertempuran antara dua gerakan

Segala percaturan, segala perancangan
Akan menjadi perundingan

Yang musuh boleh runtuh
Yang kawan boleh lawan

Yang gagah akan mara
Yang lemah akan sengsara

Mencari kedudukan
Mencari kepentingan

Baris hadapan dibelakangkan
Baris belakang dihadapankan

Yang lupa daratan dikalahkan
Yang berwawasan dimenangkan

Keadaan memaksakan
Situasi tidak mengizinkan
Perubahan mesti dilakukan

Demi meneruskan perjuangan..



-Malim Muda-

8 comments:

one love berkata...

selamat berjuang :)

H.E.H berkata...

one love
Wah! lajunya mengomen..

Sedingin Salju berkata...

Berjuanglah dengan keikhlasan, bukan dengan wang.

Encik Cerpelai berkata...

Setakat itu sajalah perjuangan orang penting kita.. Demi nama dan kedudukan yang bersifat dunia..

Berjuanglah demi agama, bangsa dan negara..
Kerana di seberang sana, sang berkulit putih dan bermata sepet sentiasa mengintai kecanggungan bangsa Malaysia.. Jangan nanti suatu hari nama Malaysia akan bertukar kepada yang jelik di halwa telinga..

H.E.H berkata...

Encik Cerpelai
Harapnya begitu hendaknya..

Z-MAY berkata...

yang tiada apa-apa
mahukan apa-apa.

yang berharta
mahukan kuasa.

yang berkuasa
mahukan harta.

ada harta dihormati
ada kuasa digeruni.

tiada apa-apa terketepi
membuai mimpi...

Izzan Fahat berkata...

salam jihad..

H.E.H berkata...

Z-MAY
Tiada kuasa tidak apa
Sedikit kuasa jadi alpa
Lebih kuasa jadi gila

Izzan Fahat
Salam..