Rabu, 11 Februari 2009

Siapakah yang benar?

Keadilan timbang tara
Mengukur nilai lentera
Perundangan menjadi ketua
Menimbangi rentak semasa

Ahh !!
Sulit untuk mentafsirkan
Pening untuk memikirkan
Apa yang bergantungan

Apakah ada jawapan segala kekusutan?
Apakah ada simpulan segala keputusan?

Siapakah yang benar?

Aku kah yang benar?
Atau dia kah yang benar?



-Malim Muda-

6 comments:

Zakiah Ponrahono berkata...

tidak perlu gusar...

itu konflik politik dan individu. bukan konflik kerajaan.

Perak aman damai sebenarnya.

Cuma berikan sedikit masa untuk politikus berfikir dengan tenang.

Nizar masih wakil rakyat. Tapi bukan menteri besar.

Mungkin semasa angkat sumpah sebagai menteri besar dia tidak faham apa yang disumpahkannya.

Sebagai rakyat Perak, seharusnya berbangga dengan Kesultanan Perak yang masih faham fungsi mereka.

Jika rakyat tenang. Perak akan tenang.

Biar sahaja politikus yang kepanasan.

:=)

H.E.H berkata...

Zakiah Ponrahono
:)

Sedingin Salju berkata...

Encik, banyakkan solat tengahmalam. kan dalam islam ada itu semua. Minta petunjuk dari tuhan. jangan gusar, jangan risau. Tuhan tetap bersama orang yang benar.

H.E.H berkata...

Sedingin Salju
Saya setuju

echah_syed berkata...

sape benar, sape salah??

bio je dorang yg memikionyer.. :)

H.E.H berkata...

echah_syed
Ntah..pening teman