Rabu, 25 Februari 2009

Sang Penglipurlara

Kau penglipurlara
Bercerita mengadun kata
Bahasa dusta pendeta

Kau masih serupa
Memegang watak yang sama

Berperang bergelut
Karut dan kalut

Memasang umpan di hujung jerat
Sambil menggoyang perangkap berat

Mentera kau sifir
Hembusan kau kafir
Berfikir dan terus berfikir

Siapa yang kau dendam?
Lama sudah kau memendam

Siapakah yang kau benci?
Yang kau maki dan caci

Gelap hatimu
Hitam kalbu mu
Panas dan berbulu

Selangkah demi selangkah
Perlahan kau menongkah
Semua nya kau pangkah

Tetapi itu semua hanya angan-angan semata
Mimpi dan angan kau satukan bersama
Demi memuaskan nafsu gelora

Kau sudah lupa yang di atas sana
Penentu segala-galanya



-Malim Muda-

5 comments:

singamaraja berkata...

Salam ziarah

Yus Yusuf berkata...

Hohoho..
Puisi yang bagus tapi gua takut kalau-kalau orang yang sepatutnya membaca puisi 'tajam' bro ni tak faham makna disebaliknya..

Apa-apapun, susunan yang baik disamping penggunaan ganti makna yang agak sempurna..!!

H.E.H berkata...

singamaraja
salam

yus yusuf
orang tu takkan baca punya.
ha..ha..ha..

Pejuang orang melayu berkata...

ha.ha.ha..

aku tau sape dia aku kan terer ari2 minum ngan penulis ne he3.. tahniah penulisan yg menarik dan makna yg sgt berkesan dan tajam

Pejuang orang melayu berkata...

ha.ha.ha..

aku tau sape dia aku kan terer ari2 minum ngan penulis ne he3.. tahniah penulisan yg menarik dan makna yg sgt berkesan dan tajam