Selasa, 10 Februari 2009

Perak dilanggar demokrasi

Rintangan penuh duri
Cabaran berganti hari
Tentangan tidak henti

Ada yang berdemostrasi
Ada yang berdiam diri
Ada yang beristifar sendiri

Adakah ini rancangan?
Suratan atau kebetulan

Niat khianat tidak menyempat
Pantang melayu langgar tempat
Hilang suci bahasa makrifat

Bukan adat melayu menderhaka
Bukan budaya melayu menjadi petala
Bukan bangsa melayu menjadi celaka

Wajib tunduk perintah Tuhan
Patuh taat titah Sultan
Akur dan ikut undang perlembagaan

Yang benar teruskan perjalanan
Yang sesat ke pangkal jalan..


-Malim Muda-

11 comments:

Panglima Perang Cyber berkata...

sajak saya yang baru belajar..mohon komen saudara..

Sajak : Bila Rakyat mahu jadi Raja

Edisi I

DULU rakyat taat raja dan negara
KINI rakyat sudah berani menderhaka.

DULU rakyat suka melihat Raja
KINI Raja tidak lagi utama di mata

DULU rakyat merasa diri laksana hamba
KINI rakyat merasa dirinya RAJA

DULU rakyat tak berani menatap mata
KINI Raja pula tunduk sebak di dada.

DULU Raja tetap Raja seluruh warga
KINI Raja dihina dicaci oleh munafik dan kafir termasuk alim ulama baginda




Edisi II


DULU Raja Maha Mulia
KINI Raja dihina Maha Celaka

Dulu Raja sangat perkasa
KINI Raja cuba dilucut kekebalannya

DULU Raja tidak ada saingan
KINI ramai bersaing ingin mengganti Raja

DULU Raja tonggak Negeri/Negara
KINI Raja dipijak dan diletak bawah kaki sahaja..

KINI kita masih ada RAJA
LEPAS INI kita tidak tahu adakah
kita akan jadi negara tanpa RAJA
atau Raja diganti oleh rakyat biasa?????

Benarlah Nabi Bersabda :
Tanda Akhir Zaman Apabila Hamba Sahaya akan jadi Raja

Moga Tuhan Maha Perkasa
MemeliharaRaja Raja
dari segala ancaman
ke atas takhta mereka


DAULAT TUANKU !

H.E.H berkata...

Panglima Perang Cyber
Puisi yang bagus cuma perlu ditambah dari segi kata kosanya dan pengisian bahasanya. Apa pun, tetap menarik !!

Panglima Perang Cyber berkata...

kata kosa ? apa benda tu..mohon tunjuk ajar...hehe

H.E.H berkata...

kata kosa tu pencampuran segala kata. Umpamanya perkataan peperangan, pertempuran, perjuangan, perhitungan, pertandingan, permainan adalah sama makna kalau disusun mengikut penceritaan puisi yg kita buat.

one love berkata...

kita dah anggap yang Raja itu Boneka...

itu yang asik terlupa tu :(

H.E.H berkata...

one love
entahlah mungkin juga benarnya

Sedingin Salju berkata...

Suatu yang puitis.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

anwar pergi Perak nak Berakkan rakyat Perak...

H.E.H berkata...

Sedingin Salju
TQ

abe MIE 'TERJAH'
Anwar memang begitu dari dulu

echah_syed berkata...

setuju dgn abe mie terjah.. :)

tp ramai yg masih buta.

H.E.H berkata...

echah_syed
;)