Isnin, 16 Februari 2009

Pena Bersuara

Baru sekarang kau mahu bersuara
Menjunjung martabat bahasa ibunda
Bahasa melayu bahasa negara

Dulu mengapa kau senyap
Seolah kau telah lenyap

Dulu mengapa kau takut
Seolah kau melukut

Dulu mengapa kau diam
Seolah kau mengeram

Mungkin masa itu tiada keputusannya
Mungkin masa itu tiada rumusannya

Nah! Semua telah tahu
Apa yang dirancang terdahulu
Satu keputusan terburu-buru

Mungkin selepas ini ia akan diubah
Demi anak bangsa yang sudah terngadah

Dan kebarangkalian banyak lagi yang dibongkar
Menunggu masa untuk di selongkar



-Malim Muda-

5 comments:

Sedingin Salju berkata...

Marilah kita sama-sama mendaulatkan bahasa kebangsaan, bahasa malaysia yang tercinta ini. ingatlah, bahasa, melambangkan bangsa.

Kalau pihak kementerian menghadapi kesulitan untuk mengubah semula PPSMI itu, saya ingin mencadangkan, berilah pelajar-pelajar ini menjawab sains dan matematik sama ada bahasa kebangsaan yang kita cintai ini atau pun bahasa inggeris.

Fazrulls berkata...

Salam bro..

Bagus tu.. kalau boleh kau buat pula tajuk "PENA BERDARAH" heee.. lagi ganas aku rasa.. heee :)

H.E.H berkata...

Sedingin Salju
Setuju..

Fazrulls
;)

Yus Yusuf berkata...

Penanya baru diisi dakwat hitam..
Yang dulu cuma kelu, diam..

GAPUNAH, GAPENAT, GAPEJAM..

Pilih saja nama barumu..

H.E.H berkata...

Yus Yusuf
GAPUNAH lagi sesuai..