Isnin, 23 Februari 2009

Gelanggang Tiga

Gelanggang tiga
Pertandingan beradu suara
Pertunjukkan lagak dan gaya
Perebutan pangkat dan kuasa

Akan dimulakan tidak lama lagi
Siang bertukar malam berganti
Hari bertambah bulan menanti

Peserta dari segenap daerah
Mencuba nasib tuah, pantang menyerah
Penyokong dibawa senang dikerah

Menunjuk kekuatan bukan halangan
Mencabar saingan berebut jawatan
Mengejar impian yang tak pernah kesampaian



-Malim Muda-

8 comments:

Zakiah Ponrahono berkata...

Biar saya saja yang jadi MB...

BOLEH?

hahahahaha

H.E.H berkata...

Zakiah Ponrahono
Boleh2..

Zakiah Ponrahono berkata...

Biar Nizar ke Zambry ke berbalah sesama sendiri.

Ipoh tu banyak je saya boleh eskploitasikan.

Sana tak banyak kilang kan? sana banyak primary activities kan...

agriculture, mining, pasir, kuari dan historical aset such as yang ada kat ipoh tu.

Boleh buat banyak tu.

hehehehehe...

Boleh jadi MB perempuan pertama kan..

NAMA MASUK BUKU TEKS SEJARAH TAHUN 2020.

ekekekekeke

Sedingin Salju berkata...

Marilah kita berdoa supaya tuhan menunjukkan siapa yang benar.

Pyanhabib berkata...

posting dalam blog ini patut ditebalkan lagi. sudah baca.

H.E.H berkata...

Sedingin Salju
yup..

Pyanhabib
'ditebalkan' lagi. Maksudnya?

mamat khalid berkata...

maksudnya dibelanja makan kat pelita la ish

H.E.H berkata...

mamat khalid
bang..nanti la insyalah